Sumber Rujukan Globalisasi Anda

HDC UMT Bangunkan Pusat Inovasi Halal

Isi Kandungan

Pusat Inovasi Halal Bakal Ditubuhkan Di Negeri Terengganu

HDC UMT Bangunkan Pusat Inovasi Halal
HDC UMT Bangunkan Pusat Inovasi Halal

HDC UMT bangunkan pusat inovasi halal di Terengganu. Sebuah Pusat Inovasi Halal bakal ditubuhkan di negeri ini melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari berkata, penubuhan pusat berkenaan akan membantu pembangunan ekosistem industri halal di Terengganu.

“HDC berhasrat menjadi pemudah cara dalam ekosistem industri halal negara bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Menerusi kerjasama ini, HDP membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim),” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara HDC dengan UMT di sini hari ini.

HDC UMT Bangunkan Pusat Inovasi Halal

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT memiliki kepakaran bagi perkongsian ilmu dalam membangunkan Pusat Inovasi Halal tersebut.

“Kita yakin kerjasama ini boleh meningkatkan nilai komersial produk tempatan keluaran PKS di Terengganu,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More