Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK SESI 2022 -TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Semakan Pusat Ujian PKSK sesi 2022 kini dibuka bermula hari ini. Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan PKSK 2021 / 2022.

Ibu bapa juga boleh membuat semakan keputusan kelas KAFA anak-anak tahun 2021 disini.

PKSK

Isi Kandungan

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PKSK?

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah khusus yang dipanggil sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun Satu (Sijil Vokasional Malaysia) ke sekolah khusus meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vakasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

BILAKAH TARIKH SEMAKAN PKSK SESI 2022?

Tarikh semakan pusat ujian PKSK bermula pada 7 Januari 2022.

Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum.

BILAKAH TARIKH MENDUDUKI PKSK SESI 2022?

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti tarikh yang berikut:

  • Tingkatan 1 : 17-27 Januari 2022
  • Tingkatan 4 : 7-17 Februari 2022

PKSK SESI 2022

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK SESI 2022?

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui :

BAGAIMANAKAH FORMAT UJIAN PKSK SESI 2022?

Berikut adalah format ujian PKSK sesi 2022 :

  • Bahagian A : Soalan objektif aneka pilihan yang memfokuskan kecerdasan insaniah.
  • Bahagian B : Soalan objektif aneka pilihan yang memfokuskan kecerdasan intelek.
  • Bahagian C : Soalan yang berbentuk subjektif samada secara bertulis atau bersemuka.

PKSK SESI 2022

BILAKAH KEPUTUSAN UJIAN PKSK SESI 2022 AKAN DIKELUARKAN?

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK SESI 2022 -TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 1PKSK SESI 2022

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK SESI 2022 -TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan PKSK sesi 2022 sila hubungi:

Semoga perkongsian berkenaan ujian PKSK sesi 2022 dapat memberi manfaat buat ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki persekolahan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Semoga bermanfaat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More