Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan

Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan, ini jawapan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Agama, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih kini, kebanyakan bidang kerjaya seperti sektor perubatan dan perindustrian sudah mula menggunakan khidmat teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam menyelesaikan tugas masing-masing. Bukan itu sahaja, bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam penggunaan sistem AI ini.

Keupayaan AI sememangnya tidak dapat dinafikan dalam membantu produktiviti kerja supaya menjadi lebih efisien. Walaupun begitu, kecanggihan dan kecerdasan teknologi ini sering dipersoalkan kerana ia berkemungkinan disalahgunakan dalam pembelajaran khususnya ketika melaksanakan tugasan yang diberikan.

Jadi, adakah anda pernah terfikir apakah sebenarnya Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan ini?

Untuk mendapatkan jawapan apakah Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan tersebut, mari kita ikuti perkongsian dibawah.

Isi Kandungan

Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan bagi pelajar yang ingin menyiapkan tugasan dari segi menyalin respon balas AI dan mengolah sedikit ayat? Adakah berkat markah yang diperolehi? Bagaimana pula dengan pelajar yang menggunakan AI untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu tajuk? Itu sahaja. Terima kasih Dr.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

AI merupakan singkatan kepada Artificial Intelligence atau dalam bahasa Melayu dipanggil Kecerdasan Buatan / Kepintaran Buatan dan ia merupakan kecerdasan yang dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana oleh pemikiran manusia. 

Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia.

Kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik. Justeru, kami memahami AI sebagai penggunaan teknologi tinggi dalam bentuk machine learning dan data mining yang sentiasa berkembang dalam urusan kehidupan dan kehendak manusia, ke arah yang lebih mudah, pantas, dan berkesan.

Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan 1
Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan Daripada Maktabah Al-Bakri

Dalam menjawab soalan di atas, kami melihat penggunaan AI dalam menyiapkan suatu tugasan atau assignment, hanyalah sebagai salah satu alat bantu pembelajaran. Penggunaan alat-alat bantu ini bergantung kepada tujuan dan matlamat penggunaannya.

Nabi SAW bersabda:

وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَـوَى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan.”

Riwayat al-Bukhari (1)

Begitu juga kaedah fiqh menyebutkan:

الْأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا

Maksudnya: “Setiap perkara bergantung kepada niatnya.” 

(Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, hlm. 30)

Kebiasaannya, tujuan asal tugasan atau assignment yang diberikan kepada pelajar itu adalah bagi melatih dan memupuk skil mencari maklumat, menulis, menganalisis maklumat dengan kritis dan seumpamanya. Maka, dengan menggunakan AI sebagai salah satu alat bantu akan lebih memudahkan diri pelajar tersebut dalam menambahkan pengetahuan dan mencari sumber maklumat awal bagi lebih memahami tajuk yang ingin dibincangkan dalam menyiapkan suatu tugasan. Sekalipun begitu, maklumat-maklumat yang didapati melalui hasil carian AI tetap masih perlu disemak dari segi sumbernya dan keabsahan maklumatnya.

Oleh itu, kami berpendapat tidak mengapa seseorang itu menggunakan AI atau apa-apa alat bantu lain dalam menyiapkan tugasan (assignment) mereka dengan syarat ia tidak melibatkan perbuatan menipu, tidak berlaku plagiarisme, mengambil hasil karya, idea, atau kata-kata orang lain tanpa keizinan, pelanggaran hak cipta terpelihara dan seumpamanya. 

Hal ini kerana mereka tetap terlibat dalam menyiapkan tugasan itu, bahkan menyelesaikannya sendiri. Penggunaan AI dan alat-alat bantu lain hanyalah sebagai pemudahcara dalam mereka menyiapkan tugasan tersebut. Manakala perbuatan menipu, mencuri hasil karya orang lain dan seumpamanya pula termasuk dalam perbuatan yang diharamkan serta pelakunya dianggap berdosa.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).”

(Surah al-Nisa’: 29)

Begitu juga Nabi SAW bersabda:

وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menipu kami, maka dia bukan daripada kalangan kami.”

Riwayat Muslim (101)

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan AI atau alat-alat bantu lain secara berlebihan dalam menyiapkan suatu tugasan (assignment), akan merencatkan daya berfikir pelajar berkenaan sekali gus mengurangkan manfaat yang dapat diperolehi oleh mereka melalui tugasan tersebut. Apatah lagi, jika tugasan dan assignment tersebut berkaitan dengan kelayakan tertentu bagi kenaikan pangkat atau mendapatkan markah tertentu bagi melayakkannya mendapat posisi tertentu.

Justeru, jika hasil yang diperolehnya itu bukan sepenuhnya daripada hasil usahanya sendiri (sebaliknya banyak menggunakan alat-alat bantu lain seperti AI dan sebagainya), maka sudah pasti ia akan menyukarkannya kelak.

Kredit Sumber: Maktabah Al-Bakri

Harapan Penulis

Diharapkan dengan perkongsian Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana.

Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan telah pun terjawap di atas, sebaliknya atas tindakan masing-masing pula untuk mengikuti atau sebaliknya.

Selain perkongsian tentang Hukum Menggunakan Bantuan AI Untuk Siapkan Tugasan ini, anda juga boleh dapatkan info-info lain lagi di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More