Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hukum Penggunaan Vape, Ini Kenyataan Official JAKIM 2023

Ini Hukum Penggunaan Vape atau rokok elektrik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Vape seringkali dipopularkan sebagai alternatif yang lebih baik berbanding rokok namun apakah sebenarnya Hukum Penggunaan Vape dalam Islam?

Segelintir pihak mendakwa menghisap vape atau rokok elektronik kononnya lebih selamat kerana hanya mengandunngi nikotin, berbanding rokok yang mengandungi ratusan bahan kimia berbahaya.

Dakwaan yang tidak bertanggungjawab inilah yang menyebabkan lebih ramai anak muda menghisap vape secara terbuka, malah ramai remaja bawah umur menghisap vape kerana percaya bahawa cecair vape hanya sekadar cecair yang berperisa sahaja.

Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah Hukum Penggunaan Vape atau rokok elektronik ini?

Isi Kandungan

Hukum Penggunaan Vape – JAKIM

Kita wajib tahu bahawa setiap fatwa yang dikeluarkan mestilah berdasarkan ilmu dan bukti konkrit, bukan andaian semata-mata.

Satu ketika dahulu, rokok pernah difatwakan makruh namun kemudian hukumnya telah bertukar kepada haram setelah banyak kajian kesihatan berjaya membuktikan rokok mempunyai kesan serius kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Sama juga dengan perihal Hukum Penggunaan Vape, kerajaan dan pihak berkaitan perlulah membuat kajian yang mendalam dan terperinci sebelum boleh mengeluarkan fatwa mengenainya.

JAKIM melalui laman Facebook rasminya telah mengeluarkan kenyataan di bawah:

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpandangan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik adalah HARAM.

Kredit Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Rujuk halaman Fatwa JAKIM untuk dalil dan hujah panjang lebar mengenai fatwa yang dikeluarkan ini.

Hukum Penggunaan Vape

Bahaya Penggunaan Vape

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiarkan mengenai bahaya penggunaan vape melalui laman Facebook rasminya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Berikut adalah kesan-kesan bahaya akibat penggunaan vape:

  • Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan.
  • Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi.

Dengan senarai bahaya penggunaan vape di atas, maka tidak hairanlah hukum penggunaan vape telah difatwakan sebagai haram.

Perlaksanaan Generational Endgame (GEG)

Pesanan daripada pihak KKM untuk orang ramai khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi agar tidak menghisap rokok elektrik atau vape.

Bagi menyokong usaha KKM untuk hentikan penggunaan produk rokok, perlaksanaan Generational Endgame (GEG) telah dikeluarkan pada tahun 2022.

GEG dikeluarkan bagi melindungi generasi muda Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektrik.

Penutup

Diharapkan dengan perkongsian Hukum Penggunaan Vape ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana.

Hukum Penggunaan Vape telah pun terjawap di atas, sebaliknya atas tindakan masing-masing pula untuk mengikuti atau sebaliknya.

Seterusnya selain perkongsian tentang Hukum Penggunaan Vape ini, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More