Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation, Penjelasan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation telah dijawap oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lambakan aplikasi media sosial yang terbaru pada masa kini telah membuatkan ramai yang mampu menjana pendapatan tambahan.

Ramai yang tidak melepaskan peluang dengan membuat siaran langsung atau ‘live streaming’ untuk mempromosikan barangan produk atau kemahiran mereka.

Tidak lupa juga ada di kalangan pengguna sekarang ini menggunakan aplikasi tersebut untuk ‘live streaming’ tidak kira sama ada menjual produk mahu pun sekadar berborak atau bermain game.

Semasa ‘live streaming’, kebiasaannya penonton yang tertarik dengan content yang dipertontonkan akan memberi hadiah atau ‘donation’.

Justeru terdapat persoalan menarik dari seseorang yang bertanyakan berkenaan Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation.

Pelbagai Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation telah dikeluarkan tetapi ianya tetap berbalik kepada penerimaan seseorang dalam menerimanya.

Untuk menjawab persoalan tentang Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation tersebut, mari kita ikuti pandangan daripada Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dari sudut agama Islam.

Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation

Ayuh kita ikuti perkongsian tentang Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation dibawah.

Apakah Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation?

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah hukum ‘streaming’ (contoh: vlog, game) untuk wanita dan hukum memberi dan menerima ‘donation’?

Penjelasan kepada soalan Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation telah dijawap oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah seperti berikut.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda SAW, para sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW sehingga Hari Kiamat.

Streaming (penstriman) atau penstriman langsung ialah media penstriman yang dirakam dan disiarkan melalui internet kemudian atau secara live (langsung). Ia sering dirujuk hanya sebagai penstriman. Media bukan langsung seperti video atas permintaan, vlog dan video YouTube distrim secara teknikal, tetapi tidak distrim langsung.

Apakah perbezaan antara vlog dan penstriman? Dari perspektif teknikal, strim dirakam secara langsung, dalam masa nyata dan disiarkan ke saluran media sosial anda, manakala vlog biasanya diprarakam, diedit dan dimuat naik ke saluran anda. Vlog lebih seperti diari.

Mana bagi penstriman langsung permainan video ialah aktiviti di mana orang ramai menyiarkan diri mereka bermain permainan kepada khalayak secara langsung dalam talian. Amalan ini menjadi popular pada pertengahan 2010-an di tapak Twitch yang berpangkalan di AS, sebelum berkembang ke YouTube, Facebook, dan media sosial di internet di China seperti Huya Live, DouYu dan Bilibili serta perkhidmatan lain.

Bagi “donation” pula terdapat pelbagai cara peminat yang menonton stream ini untuk memberi donation yang berupa duit kepada streamers (orang yang menyiarkan content tersebut).

Contohnya, streamers boleh menggunakan Streamlabs, Patreon atau platform-platform third party lain.

Sewaktu tengah live, game streamer akan sentiasa menyebut tentang link-link ni untuk mengingatkan penonton untuk donate.

Dalam menjawab persoalan di atas, hendaklah kita memahami wanita adalah makhluk Allah SWT yang mulia dan diangkat oleh Islam. Akan tetapi, ciptaannya membawa kepada cinta. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Surah Ali-Imran (14)

Kami nyatakan di sini terlebih dahulu, beberapa kaedah:

  • Ibnu Farhun Rahimahullah mengatakan: “Ditempatkan pada posisi yang tepat (adanya) adalah persangkaan kuat.” (Lihat Tabsirah al-Hukkam, 1/148),
  • Al-Izzu bin Abdu al-Salam Rahimahullah berkata, “Syariat sangat menjaga dengan sesuatu yang seringkali terjadi, sebagai kehati-hatian akan terjadi pada kenyataannya.”  (Lihat Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1/107)
  • Al-Syatibi Rahimahullah mengatakan, “Dalil-dalil syariat dan istiqra’ tam (dapatan kajian yang sempurna) menyatakan bahawa ma’alat (akibat sesuatu perkara) diakui sebagai landasan penetapan syariat.” (Lihat ‘Al-Muwafaqat, 5/179)

Berdasarkan persoalan di atas, saya nyatakan bahawa perbuatan tersebut banyak mendedahkan pelbagai andaian, sangkaan serta gambaran-gambaran dalam pemikiran seseorang yang melihatnya.

Sebagaimana yang disebut oleh al-Syatibi Rahimahullah dan lain lagi, boleh membawa kepada banyak mudarat.

Sementelahan lagi, wanita merupakan hamba Allah SWT yang dimuliakan dalam Islam dan diangkat kedudukannya sebagai saudara-saudara kepada lelaki.

Tidak sebagaimana zaman Jahiliyyah, mereka persis hamba atau haiwan yang tidak dihormati. Bahkan, anak-anak perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hiudp sebagaimana yang dinaskan dalam al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, – Dengan dosa apakah ia dibunuh?”

Surah al-Takwir (8-9)

Walaupun jika gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya, wanita-wanita itu adalah saudara-saudara bagi lelaki.”

Riwayat Abu Dawud (236) dan al-Tirmizi (113)

Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga (ihtiyat) dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.”

Riwayat al-Bukhari (5240)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, “Ini merupakan asal bagi mazhab Malik dalam perkara Sa’d al-Zari’ah. Hikmah larangan ini ialah dibimbangi suami akan merasa takjub dan suka kepada sifat yang disebut yang akhirnya boleh membawa suami menceraikan isteri yang mensifatkannya atau membawa fitnah dengan sifat tersebut.” (Lihat Fath al-Bari, 9/338)

Saya syorkan agar ubah content daripada mempromosikan diri sama ada baik atau kurang baik maka ia tetap mempunyai pandangan dan persepsi yang pelbagai.

Saya dapati banyak content-content yang lebih menarik seperti perbuatan bakeri, kek, pemandangan yang menarik luar dan dalam negara, ilmu dan pengetahuan serta kebolehan tertentu yang mungkin dapat diketengahkan.

Akhir kalam, saya berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah SWT sentiasa taufik dan hidayahkan kepada kita ke arah kebaikan dan kebenaran sehingga kita dapat melaksanakannya dengan baik. Amin.

Sumber: Maktabah Al Bakri

Diharapkan dengan perkongsian Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation ini dapat memberikan kebaikan kepada semua umat Islam terutamanya dalam melaksanakan kehidupan harian serta boleh menukarkan cara untuk mencari rezeki kepada kaedah yang tidak mendatangkan fitnah dan lebih terjaga.

Semoga perkongsian Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation telah pun terjawap di atas, sebaliknya atas tindakan masing-masing pula untuk mengikuti atau sebaliknya.

Seterusnya selain perkongsian tentang Hukum Wanita Buat Live Streaming Dan Dapat Donation ini, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More