Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RM19.45 Bilion Pengeluaran i-Lestari dan RM52.48 Bilion i-Sinar diluluskan 24 Mac 2021

Pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar diluluskan pada 24 Mac 2021

Sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

i-sinar

Manakala, setakat 14 Mac, 2021, pengeluaran i-Sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan, katanya. Tengku Zafrul berkata demikian semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-46 menerusi laman Facebook beliau, di sini, hari ini.

Menurutnya, mulai 8 Mac, 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.  “Perancangan persaraan adalah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh KWSP secara percuma untuk tujuan ini,” katanya.

Maklumat mengenai perkhidmatan percuma ini boleh didapati di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/retirement-advisory-service.

Sumber BERNAMA

Artikel lain: SiberKASA

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More