Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insiden kren tumbang di lebuhraya SUKE, Dua maut, dua lagi parah

Dua individu dipercayai maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.45 pagi.

Kren Tumbang

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

kren tumbang
kren tumbang
Insiden kren tumbang di lebuhraya SUKE, Dua maut, dua lagi parah 1
kren tumbang
Insiden kren tumbang di lebuhraya SUKE, Dua maut, dua lagi parah 2

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi crane launcher pembinaan lebuh raya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Insiden kren tumbang di lebuhraya SUKE, Dua maut, dua lagi parah 3

“Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

“Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut.

“Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin. Ketika ini operasi menyelamat masih sedang dijalankan.

Sumber Astro Awani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More