Tarikh Dan Jadual Waktu STAM 2023

Berikut dikongsikan jadual waktu STAM 2023 untuk makluman dan rujukan utama semua calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ibu bapa dan guru-guru.
Isi Kandungan
Jadual Waktu STAM 2023
Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 akan berlangsung pada 2 hingga 11 Januari 2024.
Berikut merupakan jadual rasmi peperiksaan STAM 2023 yang merangkumi tarikh dan waktu peperiksaan secara terperinci mengikut jenis kertas peperiksaan yang akan dijalankan.
| Tarikh | Waktu Peperiksaan | Kod Kertas | Nama Kertas | Maklumat Peperiksaan |
| 2 Januari 2024 (Selasa) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S102/11 | Fiqh Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
| 2 Januari 2024 (Selasa) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S102/21 | Fiqh Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 3 Januari 2024 (Rabu) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S106/11 | Nahu Dan Sarf Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
| 3 Januari 2024 (Rabu) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S106/21 | Nahu Dan Sarf Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 4 Januari 2024 (Khamis) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S104/11 | Tafsir Dan Ulumuhu Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
| 4 Januari 2024 (Khamis) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S104/21 | Tafsir Dan Ulumuhu Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 8 Januari 2024 (Isnin) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S103/11 | Tauhid Dan Mantiq Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
| 8 Januari 2024 (Isnin) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S103/21 | Tauhid Dan Mantiq Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 9 Januari 2024 (Selasa) | 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) | S105/21 | Hadith Dan Mustolah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 9 Januari 2024 (Selasa) | 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) | S110/21 | Balaghah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 10 Januari 2024 (Rabu) | 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) | S101/21 | Hifz Al-Quran Dan Tajwid | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 10 Januari 2024 (Rabu) | 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) | S107/21 | Insya’ Dan Mutalaah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 11 Januari 2024 (Khamis) | 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) | S109/21 | ‘Arudh Dan Qafiyah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
| 11 Januari 2024 (Khamis) | 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) | S108/21 | Adab Dan Nusus | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
Tambahan Masa Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan STAM 2023.
- Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
- Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan).
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan pendidikan khas iaitu Kategori A dan Kategori B.

Kategori A
Kategori ini adalah untuk calon yang mempunyai masalah pembelajaran, kurang upaya penglihatan (Buta), kurang upaya penglihatan (Rabun), kurang upaya pelbagai dan kurang upaya fizikal.
| Masa Yang Diperuntukkan Dalam Jadual Waktu Peperiksaan | Masa Tambahan Yang Diberi |
| 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit | 30 minit |
| lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit | 1 jam |
| lebih 2 jam 30 minit | 1 jam 30 minit |
Kategori B
Kategori ini pula adalah untuk calon yang mempunyai masalah kurang upaya pendengaran / kurang upaya pertuturan.
| Masa Yang Diperuntukkan Dalam Jadual Waktu Peperiksaan | Masa Tambahan Yang Diberi |
| 1 jam | 15 minit |
| 1 jam 15 minit | 20 minit |
| 1 jam 30 minit | 25 minit |
| 1 jam 45 minit | 30 minit |
| 2 jam | 30 minit |
| 2 jam 15 minit | 35 minit |
| 2 jam 30 minit | 40 minit |
| 3 jam | 45 minit |
Diharapkan perkongsian Jadual Waktu STAM 2023 ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat terutamanya kepada semua calon STAM, ibu bapa dan guru di luar sana.
Selamat menjalani peperiksaan kepada semua calon-calon STAM bagi tahun 2023 dan semoga berjaya!



