Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jambatan Gantung Terpanjang Di Asia Tenggara

Jambatan Gantung Situ Gunung merupakan jambatan gantung terpanjang di Indonesia dan juga Asia Tenggara. Jambatan gantung ini memiliki panjang 243 meter dan berketinggian kira-kira 121 meter.

Jambatan Gantung Situ Gunung terletak di Taman Negara Gunung Gede Pangrango, Indonesia yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.  Tambahan lagi, kawasan pergunungan yang bersuhu rendah serta berudara sejuk menjadi kegemaran ramai terutamanya mereka yang cintakan alam semuljadi.

JAMBATAN GANTUNG SITU GUNUNG JADI TARIKAN PELANCONG

 

    JAMBATAN GANTUNG JAMBATAN GANTUNG

JAMBATAN GANTUNG JAMBATAN GANTUNG

Taman Negara Gede Pangrango yang mempunyai 24, 270.80 hektar keluasan terletak di tiga daerah iaitu Cianjur, Sukabumi dan Bogor. Taman Negara tersebut adalah salah satu antara 5 Taman Negara terawal di Indonesia yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian pada 6 Mac 1980.

Selain itu, Taman Negara Gede Pangrango juga mempunyai pelbagai keindahan semulajadi yang berpotensi sebagai tarikan semulajadi aktiviti pelancongan seperti air terjun, kolam air panas, gua, trek mendaki dan tasik .

Jambatan Gantung Situ Gunung mula dibina pada pertengahan tahun 2017. Proses pembinaan jambatan tersebut dilakukan secara manual yang melibatkan pekerja tempatan dan mereka yang mahir dari Bandung.  Tanpa menggunakan sebarang bantuan jentera berat, jambatan gantung tersebut akhirnya siap dibina dalam masa kurang daripada setahun.

PERJALANAN DI ATAS JAMBATAN GANTUNG SITU GUNUNG

Setibanya di pintu pagar kawasan pelancongan tersebut, para pengunjung perlulah berjalan sejauh 600 meter sebelum sampai ke jambatan gantung ini.

Pengunjung yang ingin menaiki jambatan gantung ini diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan. Tali pinggang ini akan diikat pada pinggang pengunjung bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan di tengah-tengah jambatan. Pengunjung perlulah segera mencangkuk tali pinggang sekiranya berlaku kecemasan seperti goncangan yang kuat. Ini bertujuan untuk mengekalkan dan menjaga kestabilan ketika berjalan.

Bilangan mereka yang dibenarkan berjalan di atas jambatan ini juga dihadkan kepada 40 orang sahaja pada satu masa, walaupun jambatan ini  mempunyai kapasiti 55 tan.

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Jambatan Gantung Terpanjang di Asia Tenggara dapat memberi manfaat buat anda semua. Untuk lebih banyak informasi serta bahan-bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa sila layari laman web kami di https://t.me/tcerdotmy.

Terima Kasih

Anda juga mungkin berminat dengan :

Bantuan Tanam Semula Getah Dinaikkan 

PEMERKASA Bantuan B40 Dan Penerima BPR

Bantuan Dan Inisiatif Dalam Pakej PEMERKASA

 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More