Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JaminKerja PERKESO : Permohonan Insentif dan Kelayakan

Program JaminKerja PERKESO kini dibuka bermula 17 Januari 2022!

Dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian, PERKESO menyediakan inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.

Buat mereka yang masih menganggur, diberikan notis cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja, anda boleh memohon SIP GIG PERKESO 2022 iaitu insentif sebanyak RM600 sehingga RM800 sebulan selama 6 bulan.

JaminKerja PERKESO

Isi Kandungan

APAKAH PROGRAM JAMINKERJA PERKESO?

Melalui program JaminKerja PERKESO, kerajaan menyediakan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang.

JaminKerja PERKESO

Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.

JaminKerja PERKESO

Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.

JaminKerja PERKESO

JaminKerja PERKESO

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN JAMINKERJA PERKESO?

Bagi majikan yang telah membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022 boleh membuat permohonan di :

JaminKerja PERKESO

PENAMBAHBAIKAN INISIATIF PERKESO DALAM BAJET 2022

Berikut disenaraikan penambahbaikan inisiatif PERKESO dalam Bajet 2022 berbanding tahun sebelum :

  1. Perluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
  2. Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
  3. Kenaikan Had Minimum Pencen Keilatan
  4. Kenaikan Had Siling Gaji Pencarum
  5. Penyelaran Kadar Bantuan Faedah PERKESO

JaminKerja PERKESO

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk :

Informasi dan FAQ terkini bagi bantuan dalam BAJET 2022 yang melibatkan PERKESO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman web rasmi PERKESO.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua. Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai yang mendapat manfaat.

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More