Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong KKM – Mohon Sekarang 4914 Kekosongan

Jawatan kosong KKM kini dibuka! Ini merupakan antara berita gembira ramai orang terutama yang sedang mencari kerja. Kekosongan ini membuka peluang lebih ramai orang untuk mengisi jawatan dalam sektor kerajaan.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di laman facebook rasmi miliknya, masalah penjawatan tetap sering diperkatakan. Ingin dinyatakan atau isytiharkan bahawa pada tahun 2023 ini, KKM berjaya menambah lagi jumlah penempatan.

jawatan kosong kkm

Isi Kandungan

Jumlah Kekosongan

Menurut Dr Zaliha lagi, sebanyak 4,914 kekosongan jawatan tetap akan ditawarkan meliputi 3 bahagian, iaitu:

  • Terdiri daripada 4,263 jawatan bagi Pegawai Perubatan
  • 335 bagi jawatan Pegawai Pergigian dan
  • 316 pula bagi jawatan Pegawai Farmasi.

Tarikh Tutup Jawatan Kosong KKM

Bagi mereka yang berminat mengisi jawatan ini, boleh berbuat demikian bermula sekarang. Dimaklumkan, iklan akan dibuka mulai:

  • 6 Januari 2023
  • Tarikh tutup: 21 Januari 2023.

Sehubungan itu, saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap dan betul mengikut cara permohonan yang dikehendaki.

Syarat Lantikan

Untuk syarat lantikan bagi ketiga-tiga bahagian itu, pemohon boleh rujuk poster di bawah.

Pegawai Perubatan Gred UD43

Jawatan Kosong KKM - Mohon Sekarang 4914 Kekosongan 1
Jawatan Kosong KKM - Mohon Sekarang 4914 Kekosongan 2 Pegawai Pergigian Gred UG41

Kekosongan untuk jawatan Pegawai Pergigian adalah sebanyak 335 tempat dan calon simpanan seramai 400 orang. Boleh rujuk poster untuk makluman berkaitan.

Jawatan Kosong KKM - Mohon Sekarang 4914 Kekosongan 3 Jawatan Kosong KKM - Mohon Sekarang 4914 Kekosongan 4

Pegawai Farmasi UF41

Jawatan Kosong KKM - Mohon Sekarang 4914 Kekosongan 5 Jawatan Kosong KKM - Mohon Sekarang 4914 Kekosongan 6

Maklumat Lanjut

Pemohon jawatan kosong KKM ini mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di bahagian syarat dan kelayakan. Pastikan maklumat yang di masukkan ke dalam sistem SPA adalah tepat sebelum melakukan permohonan jawatan.

Sebarang maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk pada beberapa laman rasmi ini.

  1. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)
  3. Syarat Kelayakan
  4. Permohonan Log In SPA9

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah sepanjang urusan menaik taraf, sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000.

Sebelum memohon jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia ini, jom kenali terlebih dahulu Menteri Kesihatan yang baharu, Dr Zaliha Mustafa dengan baca lanjut biodata beliau di SINI.

Kami doakan semoga semua calon yang memohon jawatan kosong KKM ini berjaya tempatkan diri. Mudah-mudahan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More