Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong KPDN 2024 Sehingga 86 Kekosongan

Jawatan Kosong KPDN 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong KPDN 2024

Maklumat Jawatan Kosong KPDN 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJumlah SimpananTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41Calon Lantikan Baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.2412028 Mac 2024
Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29Calon Lantikan Baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.6224828 Mac 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong KPDN 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong KPDN 2024 Sehingga 86 Kekosongan 1
Jawatan Kosong KPDN 2024

Jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41

Calon lantikan Jawatan Kosong KPDN 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan KP41: RM2,081.00.
  • Syarat kelayakan Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  1. Tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
  5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

Calon lantikan Jawatan Kosong KPDN 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan KP29: RM1,493.00.
  • Syarat kelayakan Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  1. Tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
  5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 28 Mac 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA KP41<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29<<<

Jawatan Kosong KPDN 2024 Sehingga 86 Kekosongan 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong KPDN 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KPDN 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More