Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Marvelous! RESEPI BISKUT BAYI INI HANYA GUNA 3 BAHAN

BISKUT BAYI : Menjelang usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil pasti runsing memikirkan menu untuk si kecil. Apa kata cuba resepi biskut 3 bahan ini pula.

First time buat biskut utk Afeeya Kudap2 petang nie. Resepi yang mudah dan pakai kuantiti bahan yg sedikit je. Nnt kalau xmnjadi xrasa rugi. 🤣 Tp alhamdulillah menjadi jugak.. Sedappp cair di mulut. Feeling mcm makan biskut makmur gituw. Rasa lemak2 manis susu. So Yummy!

RESEPI BISKUT BAYI

Boleh follow resepi di bawah. Tp kali nie sy bakar versi dapor gas 😁

resepi mudah. confirm menjadi. 💖

BISKUT BAYI
BISKUT BAYI

💞3 sudu unsalted butter
💞1 cawan tepung jagung (sy guna cwn rice cooker)
💞5 sudu susu tepung (sy guna susu fernleaf full cream )

🌹masukkan 3 sudu ub ke dlm bekas. pastikan tiada ketulan atau beku ya. defrost sepenuhnya. lembut sendiri, bukan dicairkan atas api atau teknik double boiled.
🌹masukkan susu tepung pula. dan kacau2 dua bahan ini sampai betul2 sebati. kacau dgn tangan je. (susu yg sy guna ni memang manis berlemak)
🌹kemudian barulah masukkan tepung jagung dan uli² sehingga menjadi doh

Marvelous! RESEPI BISKUT BAYI INI HANYA GUNA 3 BAHAN 1


🌹 bentukkan doh mengikut citarasa mommy2. letakkan topping jika perlu.

Marvelous! RESEPI BISKUT BAYI INI HANYA GUNA 3 BAHAN 2
🌹bakar dengan suhu 150 selama 20minit atau mengikut kesesuaian oven masing2.
🌹Boleh di bakar versi dapor gas jika tiada oven. (sy bakar selama 30 minit)

mudah dan menarik bukan?

Selamat mencuba!

Kredit : Maisara Nasir

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More