Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Sahut 3 Cabaran #stayREALathome

stayREALathome sekarang sangat diperlukan. Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, pelbagai jenama turut menyambut baik saranan kerajaan untuk stay at home. Jenama realme antara yang tidak terlepas menyahut cabaran kerajaan dengan memperkenalkan kempen #stayREALathome.

Isi Kandungan

Apa itu stayREALathome ?

Sebelum ini, realme baru sahaja mengadakan cabaran buat para pengguna sempena PKP. Cabaran #pyjamaschallenge berjaya disambut baik oleh para pengguna dengan mengumpul lebih 300 penyertaan untuk memenangi realme 6.

Melihat kepada PKP yang dilanjutkan, realme turut memperkenalkan tiga cabaran baharu iaitu #NoodleforREAL, #SwagforREAL and #ExerciseforREAL. Berikut kami kongsikan 3 cabaran yang boleh anda sertai untuk memenangi hadiah menarik daripada realme.

stayREALathome
Jom Sahut 3 Cabaran #stayREALathome 2
#NoodleforREAL for stayREALathome

Menerusi cabaran #NoodleforREAL, orang ramai berpeluang menunjukkan skil memasak mee masing-masing dengan cara yang paling kreatif dan muat naik di Instagram dengan hashtag #NoodleforREAL untuk memenangi baucer GrabFood bernilai RM30.

Sebanyak 30 pemenang bakal dipilih dimana cabaran ini bakal berlangsung daripada 25 Mac sehingga 31 Mac 2020.

#SwagforREAL

Ini cabaran yang buat anda yang mengasah idea kreatif anda. Menerusi cabaran #SwagforREAL, anda diminta untuk mengambil gambar menarik dan kreatif sekitar kawasan rumah.

30 gambar paling unik dan kreatif dengan hashtag #SwagforREAL di Instagram bakal dipilih sebagai pemenang. Cabaran ini bakal berlangsung bermula 28 Mac sehingga 1 April 2020 ini.

#ExerciseforREAL

Memastikan kesihatan dan tahap kecergasan yang tinggi didalam rumah adalah sesuatu yang sukar. Walaubagaimanapun anda disarankan untuk melakukan senaman dan aktiviti kecergasan sepanjang tempoh PKP ini. realme mahu anda berkongsi video tips senaman atau kecergasan anda dengan hashtag #ExerciseforREAL. Bagi 30 video yang paling kreatif, anda akan berpeluang memenangi baucar GrabFood bernilai RM 30 dan peraduan ini akan berlangsung dari 30 Mac sehingga 3 April 2020.

realme pada bulan ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu realme 6 dengan harga serendah RM999. Korang juga boleh rujuk 2 CARA BUAT SLIME MESRA KANAK-KANAK untuk aktiviti bersama dengan anak-anak anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Instagram realme Malaysia di https://www.instagram.com/realmemalaysia/.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More