Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JPJeBiD, Bidaan Siri Nombor FD Dibuka

Sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid) bagi siri nombor pendaftaran kenderaan, FD dibuka untuk bidaan bermula hari ini hingga Jumaat.

Pelaksanaan bidaan bagi siri nombor Wilayah Persekutuan itu akan tamat pada pukul 10 malam, Jumaat ini sebelum keputusan rasmi pembida-pembida berjaya diumumkan dalam tempoh 24 jam setelah e-bidaan ditutup.

Majlis pelancaran siri FD itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-75 tahun ini.

jpj

Ka Siong berkata, siri FD adalah kesinambungan daripada siri FC yang menjadi perintis bidaan JPJeBid yang kini telah dilaksanakan di seluruh negara.

Isi Kandungan

Syarat Mendaftar

Syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid adalah:

  • Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Cara Daftar JPJeBid

Untuk mendapatkan ID bagi membolehkan seseorang mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid, anda perlulah mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:
  1. Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
  2. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:
    • Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
    • Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
    • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
  3. Syarikat Sdn. Bhd:
    • Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
    • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid.

Harga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

Formula :

5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization

NOTA: RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

Tempoh Bidaan

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal.

Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.

Kaedah Pembayaran

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.

Jika bidaan berjaya – amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

Jika bidaan tidak berjaya – pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.

Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

  1. Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan
  2. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat

Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.

Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan, klik di sini untuk Panduan Pengguna

Sila hubungi:

Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Umum : 03 8000 8000

Faks : 03 8881 0194

Artikel lain: SayaDigital Pemacu Rakyat Digital

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More