Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SayaDigital Pemacu Rakyat Digital

PM lancar inisiatif #SayaDigital bantu tingkat literasi digital rakyat

sayadigital

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC), bagi meningkat dan menambahkan literasi digital dalam kalangan masyarakat.

Pelancaran itu disempurnakan secara maya yang disiarkan secara dalam talian terus ke ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang di sini, hari ini.

Program ini bertujuan, meningkatkan kadar celik digital dalam kalangan rakyat golongan B40, belia, warga emas dan kumpulan rentan sosio ekonomi di 12 lokasi di seluruh negara.

Program itu juga menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang menyasarkan untuk mencipta 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekokomi digital menjelang 2030 dan; seterusnya menyumbang sebanyak 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2025.

Perdana Menteri di dalam ucapannya, berkata inisiatif #SayaDigital yang dilaksanakan MDEC adalah kesinambungan inisiatif MyDigital bertujuan mempercepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital di negara ini.

Katanya, pada Februari kerajaan telah melancarkan inisiatif MyDigital dan rangka tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

“Pelbagai inisiatif telah diumumkan merentasi tiga fasa pelaksanaan sehingga 2030 termasuklah pelaburan yang dijalankan dengan usaha sama pihak kerajaan dan swasta.

“Inisiatif ini menyasarkan kumpulan sosial ekonomi yang lebih berfokus menerusi pelbagai program, seminar dan skim latihan sejak Ogos 2020 yang lalu.

“Ini termasuklah latihan literasi digital asas dan seminar perniagaan secara maya, bertujuan untuk membantu masyarakat menggunakan platform digital untuk menjana pendapatan melalui eREzeki,” katanya.

Apa Itu SayaDigital?

Gerakan #SayaDigital bertujuan meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani ekonomi digital. Dengan memacu masyarakat digital, #SayaDigital dapat mewujudkan kesedaran dalam teknologi digital, gaya hidup pintar dan peluang sama rata kepada masyarakat di bandar dan luar bandar Malaysia.

Objektif

Mencetuskan kesedaran terhadap teknologi digital dan seterusnya mendedahkan rakyat kepada pelbagai inisiatif dan program ekonomi digital yang sedia ada bagi meningkatkan sosio-ekonomi. Meningkatkan tahap kesediaan rakyat dalam penggunaan dan penguasaan teknologi digital dalam kehidupan harian.

Program Ditawarkan

Terdapat 4 program yang ditawarkan dalam SayaDigital ini. Antaranya ialah:

  • Urusan Seharian
    • Aplikasi Komunikasi
    • Perbankan Atas Talian & eDompet
    • Aplikasi Perkhidmatan Digital
  • Tambah Pendapatan
    • eUsahawan
    • eRezeki
  • Memperkasa Kerjaya
    • Global Online Workforce (GLOW)
    • #mydigitalmaker
  • Luaskan Perniagaan
    • Perkhidmatan eDagang Setempat
    • 100 Go Digital
    • Go-eCommerce

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman sesawang rasmi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk maklumat lanjut.

https://mdec.my/sayadigital/

Artikel lain: Permohonan MyKasih Kapital

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More