Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri 2021

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu. Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

zakat fitrah

Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram. Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.

zakat fitrah

Isi Kandungan

Hukum Zakat Fitrah & Siapa Yang Wajib Membayarnya?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Hikmah Zakat Fitrah

  • Menyucikan dosa bagi yang berpuasa
  • Memberi makan kepada golongan miskin
  • menampai kekurangan puasa
  • Mensyukuri kepada Allah SWT kerana sempurnanya Ramadhan
  • Bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan cukup setahun dalam keadaan selamat
  • Memberi kegembiraan kepada orang yang lapar pada hari raya
  • Menyuburkan kasih sayang di kalangan mereka dan lain – lain

Tempoh Bayaran Dibuat

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri (2021)

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

  • Perlis : RM7.00
  • Kedah : RM5.00 / RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Pulau Pinang : RM7.00 / RM16.00
  • Perak : RM7.00 / RM16.00
  • Selangor : RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Negeri Sembilan : RM7.00
  • Melaka : RM7.00 / RM14.00
  • Johor : RM7.00 / RM10.00
  • Pahang : RM7.00
  • Terengganu : RM7.00
  • Kelantan : RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Sarawak : RM7.00
  • Sabah : RM6.00 / RM7.50
  • Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan : RM5.00 / RM7.00 / RM14.00
  1. Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  2. Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Sumber Mufit Wilayah Persekutuan

Artikel lain: Program Perantisan PERKESO Pemerkasa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More