Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Dividen KWSP 2023 Telah Diumumkan Pada 3 Mac 2024

Untuk makluman, kadar dividen KWSP 2023 telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 3 Mac, baru-baru ini.

Isi Kandungan

Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2023

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen sebanyak bagi tahun 2023 adalah 5.50% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion dan 5.40% untuk Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM7.48 bilion, seterusnya membawa kepada keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

  • Untuk tahun berakhir 31 Disember 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, meningkat 29% berbanding RM51.91 bilion pada 2022. Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut.
  • Daripada RM66.99 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM5.72 bilion dijana daripada keuntungan mark-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen. Adalah menjadi amalan berhemat KWSP membayar dividen hanya daripada pendapatan yang direalisasikan.
  • Aset pelaburan KWSP terus mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak RM1,135.82 bilion, naik 13% berbanding RM1,002.67 bilion pada tahun 2022. Peningkatan ini merangkumi pendapatan yang dijana daripada portfolio dan jumlah caruman diterima pada 2023 berjumlah RM97.56 bilion, naik 15% berbanding RM84.78 bilion pada 2022.

Alhamdulillah, KWSP berupaya memberikan hasil dividen yang lebih baik berikutan prestasi berdaya tahan pada tahun 2023, dengan ekuiti memainkan peranan penting dalam memacu prestasi keseluruhan.

Walaupun berhadapan dengan ketegangan geopolitik, peningkatan kadar faedah, inflasi, konflik rantau, serta masalah sektor hartanah China, ekonomi global tetap berdaya tahan dan memberikan prestasi di luar jangkaan. Ini memberikan pelabur institusi seperti KWSP untuk menguruskan kepelbagaian portfolionya secara aktif dan merebut peluang untuk meningkatkan pulangan.

Selepas mengambil kira kadar inflasi, dividen sebenar bagi Simpanan Konvensional ialah 2.89% dan 2.51% untuk Simpanan Shariah pada asas tiga tahun (2021-2023), melebihi sasaran strategik KWSP iaitu sekurang-kurangnya 2% dividen sebenar dalam tempoh yang sama.

Sebagai dana persaraan, adalah penting bagi KWSP untuk memberikan pulangan jangka panjang melebihi inflasi secara konsisten bagi memelihara dan meningkatkan nilai simpanan ahli.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Kepelbagaian portfolio KWSP dan pengurusan dana yang aktif membolehkannya untuk mengisytiharkan kadar dividen yang lebih baik untuk tahun 2023.

Agihan dividen sebanyak RM57.81 bilion akan memanfaatkan lebih 16 juta ahli KWSP, merangkumi individu dari kedua-dua sektor formal dan informal. 

Kadar Dividen KWSP 2023 Telah Diumumkan Pada 3 Mac 2024 1
Kadar Dividen KWSP 2023
Kadar Dividen KWSP 2023 Telah Diumumkan Pada 3 Mac 2024 2
Kadar Dividen KWSP 2023

Bagi Simpanan Konvensional, Kerajaan menjamin kadar dividen berbayar minimum sebanyak 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar bagi Simpanan Konvensional adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional KWSP.

Bagi Simpanan Shariah, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah KWSP.

Bagaimana Akses Penyata Tahunan Dan Semak Dividen Terkini?

Dapatkan penyata tahunan KWSP 2023 anda melalui i-Akaun untuk semakan dividen terkini di bahagian ‘Simpanan’.

Anda boleh log masuk KWSP i-Akaun untuk melihat butiran terkini pada pautan berikut:

>>>Login i-Akaun (Ahli) Disini<<<

Kadar Dividen KWSP 2023 Telah Diumumkan Pada 3 Mac 2024 3
Kadar Dividen KWSP 2023

Langkah-langkah yang lebih terperinci untuk membuat semakan dividen KWSP, tersedia DISINI.

Manakala, langkah-langkah mudah untuk mendaftar i-Akaun (Ahli) bagi mereka yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu DISINI.

Kadar Dividen Masa Lalu KWSP

Untuk makluman, berikut adalah senarai kadar dividen terdahulu KWSP.

TahunSimpanan Konvensional (Setahun)Simpanan Shariah (Setahun)
20225.354.75
20216.105.65
20205.204.90
20195.455.00
20186.155.90
20176.906.40
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15
20116.00
20105.80
20095.65
20084.50
20075.80
20065.15
20055.00
20044.75
Kadar Dividen KWSP 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Kadar Dividen KWSP 2023 ini, anda boleh merujuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More