Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Zakat Fitrah 2023 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2023 bagi setiap negeri di Malaysia telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Apa itu Zakat Fitrah?

  • Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Hukum zakat fitrah ialah WAJIB ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad)
  2. Berakal
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal

Zakat Fitrah adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bertujuan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

Isi Kandungan

Kadar Zakat Fitrah 2023

Menurut ulama, asal kadar zakat fitrah adalah satu gantang beras dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 10 Jun 2003 menetapkan harga zakat fitrah adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan mengikut timbangan satu gantang Baghdad (bersamaan 2.60 – 2.70kg).

Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Kadar Zakat Fitrah 2023, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Kadar Zakat Fitrah 2023

Berikut ialah Kadar Zakat Fitrah 2023 bagi setiap negeri-negeri di Malaysia mengikut kadar beras yang dimakan.

Negeri

Kadar Minimum

Kadar Lain

Kaedah Pembayaran

Perlis

RM7

Bayaran Secara Online

Kedah

RM6.50 / RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Pulau Pinang

RM7

RM13 / RM20

Bayaran Secara Online

Perak

RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Selangor

RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Negeri Sembilan

RM7

RM10 / RM21

Bayaran Secara Online

Melaka

RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Johor

RM7

RM13

Bayaran Secara Online

Pahang

RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Terengganu

RM8

RM10 / RM21

Bayaran Secara Online

Kelantan

RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Sabah

RM7

Bayaran Secara Online

Sarawak

RM7

Bayaran Secara Online

WP KL, Putrajaya & Labuan

RM7

RM14 / RM21

Bayaran Secara Online

Negeri yang mempunyai lebih daripada 1 Kadar Zakat Fitrah 2023 , pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.

  • Beras Super Special Tempatan: RM6.50 / RM7.00 / RM8.00
  • Super Import / Perang / Pulut / Herba Poni / Wangi / Calrose / Poney: RM10.00 / RM13.00 / RM14.00
  • Basmathi / Jepun / Merah: RM20 / RM21

Waktu-Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Menurut syarak, Zakat Fitrah hendaklah ditunaikan sepanjang bulan Ramadan dimana waktu atau masa bagi tujuan menunaikannya adalah bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”

(Riwayat Muslim: 984)

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

  • HARUS – membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
  • WAJIB – membayar pada malam satu Syawal.
  • AFDAL / SUNAT – membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
  • MAKRUH – membayar selepas selesai solat sunat Aidilfitri.
  • HARAM – melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal.

Kadar Zakat Fitrah 2023

Kadar Zakat Fitrah 2023

Semoga sedikit perkongsian tentang Kadar Zakat Fitrah 2023 mengikut negeri seluruh Malaysia ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.

Selamat menunaikan ibadah puasa pada Bulan Ramadan. Semoga amalan-amalan kita semua diterima oleh Allah SWT. Seterusnya, jangan lupa bayar zakat mengikut Kadar Zakat Fitrah 2023 yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing supaya kita semua sentiasa mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat!

Anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More