Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kanak-kanak 4 Tahun Maut Didera

Kanak-kanak 4 tahun maut didera. Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera di sebuah pangsapuri di Semenyih, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas Jabatan Kecemasan Hospital Kajang pada jam 1.20 tengah hari berhubung kematian mangsa.

maut didera

DIPERCAYAI MAUT DIDERA TEMAN LELAKI IBU MANGSA

Menurutnya, petugas terbabit memberitahu mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya.

“Pemeriksaan lanjut doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

“Siasatan awal polis, kejadian maut didera itu disyaki berlaku di sebuah pangsapuri di Semenyih, di mana kanak-kanak itu dipercayai dipukul oleh teman lelaki ibu mangsa sehingga tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, susulan itu, polis menahan ibu mangsa berusia 31 tahun yang tidak bekerja dan suspek lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta pada jam 5.45 petang.

“Kedua-dua mereka direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Faizal Amir di talian 011-33319871,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More