Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kejam ! Kucing Bunting Mati Dipotong Keempat-empat Kaki

Kucing bunting mati teraniaya. Entah apa yang tidak kena, penganiayaan terhadap haiwan sentiasa berlaku dan bagaikan tiada noktahnya. Apakah dosa si comel yang tidak bersalah ini?

Tiada apa yang mampu digambarkan oleh pemilik yang kehilangan haiwan kesayangan mereka, apatah lagi ia sudah pun dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Hancur remuk hati seorang pengguna Twitter yang bukan sahaja kehilangan kucing kesayangan malah kucing tersebut ditemui dalam keadaan menyedihkan.

TERKEJUT KUCING BUNTING KESAYANGAN DIPOTONG KEEMPAT-EMPAT KAKI

Menerusi perkongsian Salina, dia kesal dengan perbuatan individu yang menyebabkan kematian kucing kesayangannya.

kucing bunting

Lebih menyedihkan, kaki kucingnya yang sedang bunting itu turut dipotong sehingga putus.

Menceritakan detik kejadian itu, Salina yang sedang berada di pejabat terkejut setelah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa kucingnya telah mati.

Namun, alangkah luluh hatinya kerana kucing itu bukan mati dalam keadaan biasa tetapi dengan cara yang sangat kejam.

kucing bunting

kucing bunting

Menurutnya, kucing bunting kesayangannya itu tidak pernah berak kencing merata-rata apatah lagi merayau ke rumah jiran. Kucing tersebut bukanlah sejenis yang suka menimbulkan kemarahan jiran tertangga sehinggakan ia harus dibunuh.

Setelah diperlakukan dengan kejam, kucing bunting tersebut diletak semula di kawasan rumah Salina yang menimbulkan kemarahan serta kekecewaan Salina.

Rata-rata netizen turut bersimpati dan marah dengan kejadian tersebut.

Salina juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis bagi mendapatkan keadilan buat kucingnya.

Semoga si pelaku dapat dikesan dan diberi balasan yang setimpal di atas kekejaman yang telah dilakukan.

Sumber : Salina

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More