Sumber Rujukan Globalisasi Anda

kek coklat keju indulgence,rasa mewah dan mengiurkan!

Cheese Cake Chocolate Indulgence ini terdiri daripada lapisan chocolate ganachecream cheese yogurtchocolate cheesecake dan base-nya merupakan Oreo crust.

Menurut Ali lagi, 4 lapisan itu kemudiannya ditambah pula dengan chocolate ganache siap dengan effect cermin lagi. Terliur, memang terliur!

Jom kita cuba sendiri resepi kek rasa mewah yang dikenali sebagai ‘Cheese Cake Chocolate Indulgence’ itu melalui perkongsian di bawah:

Resepi ini  telah dikongsikan melalui posting yang dibuat pengguna Facebook bernama Muhammad Ali

 

Resipi kek coklat keju indulgence

Nota: Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci.

Bahan-bahan:

  • 100 gram biskut Oreo, buangkan krim dulu. (Tidak ada masalah jika mahu menggunakannya krim sekali tetapi kek akan berasa manis sedikit)
  • 40 gram mentega, dicairkan.
  • 250 gram coklat gelap masakan (Bahagikan kepada dua bahagian, satu untuk ganache dan untuk kek coklat kej dengan setiap bahagian, adalah 125 gram).
  • 500 gram krim keju (Bahagikan kepada dua bahagian untuk kek coklat keju dan krim keju indulgence, dengan setiap bahagian adalah 250 gram).
  • 375 gram krim putar (Bahagikan kepada tiga untuk ganache, kek coklat keju dan krim keju. Sukatan untuk setiap satu daripadanya adalah 125 gram).
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 66 gram gula kastor (Bahagikan kepada dua iaitu untuk krim keju & kek coklat keju dengan sukatannya adalah 33 gram setiap satu).

Cara penyediaan lapisan pertama: Kerak Oreo

1. Hancurkan 100 gram Oreo sehingga halus kemudian campurkan dengan 4 gram mentega yang dicairkan, gaul sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
2. Ratakan dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Sekiranya ingin tebalkan lapisan Oreo tambah lagi Oreo dan mentega.

Cara penyediaan lapisan kedua: Lapisan kek keju coklat

1. Cairkan 125 gram serbuk coklat gelap. Cairkan menggunakan kaedah didihan berlapis (double boil). Sesudah cair, biarkan ia sejuk.
2. Pukul 250 gram krim keju lebih kurang dua minit. Masukkan gula kastor 33 gram, diikuti satu sudu susu pekat manis dan 1 sudu kecil esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3. Lepas itu masukkan serbuk coklat gelap yang dicairkan tadi ke dalam adunan krim keju tersebut dan gaul sehingga sebati.
4. Kemudian pukul pula 125 gram krim putar sampai kental.
5. Masukkan krim putar yang sudah dipukul tadi dengan adunan krim keju dan coklat tadi, gaul sehingga sebati.
6. Sesudah selesai lapisan kedua, tuangkan adunan itu ke atas lapisan kerak Oreo tadi.
7. Sejukkan dalam masa 30 minit lagi.

Cara penyediaan lapisan ketiga: Krim keju indulgence

1. Masukkan 250 gram krim keju.
2. Masukkan gula kastor 33 gram.
3. Masukkan satu sudu kecil esen vanila (Jika tidak menggunakannya pun tidak mengapa).
4. Pukul dalam 3 minit kemudian masukkan 125 gram krim putar.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan ke atas lapisan kek coklat keju tadi.
7. Biarkan sejuk dalam 30 minit.

Cara penyediaan lapisan keempat: Coklat ganache

1. Guna teknik didihan berlapis (double boiler).
2. Masukkan 125 gram krim putar.
3. Masukkan 125g serbuk coklat gelap.
4. Masukkan 1 sudu mentega.
5. Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan.
6. Sudah kelihatan agak pekat dan tekstur nampak likat serta berkilat boleh tutup api.
7. Biarkan dalam 10 minit baru tuang ke atas lapisan indulgence tadi.

Beberapa tip dan informasi yang perlu diketahui anda:

1. Sejukkan semalaman (kerana resipi ini adalah tidak memerlukan dibakar maka wajib semalaman).
2. Memerlukan masa yang agak lama untuk hasil dan rasa yang mewah!

Hasilnya pasti menggembirakan anda, selamat mencuba

kredit : Muhammad Ali

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More