Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kekuatan Rohani Pencegah Rasuah

Kekuatan rohani pencegah rasuah merupakan satu tajuk yang menarik dan penting yang perlu dibincangkan dalam masyarakat sekarang. Hal ini adalah penting dalam melahirkan anak muda yang berwawasan dan berjaya di dunia dan akhirat.

“Kekuatan Rohani Pencegah Rasuah” Perlu Ada Dalam Diri Masyarakat

Kekuatan Rohani Pencegah Rasuah

SHAH ALAM – Tiada ALLAH dalam dada menyebabkan wujudnya rasuah dalam kalangan orang Islam.

Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, kekuatan kerohanian itu penting untuk menjadi benteng mencegah rasuah. Jadi tajuk ” Kekuatan Rohani Pencegah Rasuah” adalah satu benda yang relevan pada masa kini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa masalah rasuah boleh dicegah dengan kekuatan rohani, fizikal dan mental.

“Setiap cara untuk mencapai kemewahan perlu sentiasa ada ALLAH.

“ALLAH itu perlu ada dalam dada dan hati kita supaya takut untuk melakukan jenayah,” katanya ketika menjadi panel Program Mak Untuk Malaysia (MUM) di Kumpulan Karangkraf pada Isnin

Program tersebut di hoskan oleh pelakon dan pengacara Irma Hasmie.

Selain itu katanya, keinginan hidup mewah merupakan punca anak muda itu terjerumus dalam jenayah rasuah.

“Ada lagi orang yang masih makan nasi dengan garam, kesempitan hidup ini masih berlaku di bandar dan kampung tetapi di mana keikhlasan menerima keadaan itu.

“Setiap orang itu mempunyai tahap ketahanan yang tersendiri dan dibantu kepercayaan kepada ALLAH,” ujarnya.

Dalam program yang berlangsung kira-kira 46 minit itu, Shamrahayu turut menyampaikan tiga pesanan berhubung kempen ‘Mak Kata Jangan’ yang diinisiatif oleh #RASUAHBUSTERS.

Tiga pesanan itu ialah jangan lupa ALLAH, jangan lupa solat dan berbuat baik walaupun berhadapan individu yang melakukan keburukan.

“Sekali mereka melakukan keburukan, kita lakukan 10 kebaikan kepada mereka,” katanya ketika memberi pesanan.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain: Deposit SSPN-i & Nikmati Ganjaran Lumayan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More