Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KEMASKINI PERMOHONAN BKM : PANDUAN DAN CARA KEMASKINI

Kemaskini Permohonan BKM perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi terkini. Bagi mereka yang masih belum buat permohonan atau maklumat anda tiada dalam sistem, sila buat permohonan baru. Bagi pemohon yang hanya ingin menukar maklumat peribadi dalam sistem pula, sila kemaskini (update) maklumat terkini anda dalam sistem.

Isi Kandungan

APAKAH ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan semasa perbentangan bajet bagi tahun 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu. BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Untuk lebih banyak info berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, anda boleh rujuk info di dalam artikel tersebut.

KEMASKINI PERMOHONAN BKM

 

BILAKAH TARIKH KEMASKINI PERMOHONAN BKM?

Permohonan baru dan kemaskini maklumat telah dibuka bermula :

  • 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

APAKAH MAKLUMAT PERIBADI TERKINI YANG PERLU DIKEMASKINI?

Untuk penerima sedia ada yang pernah menerima BPR 2021 & BKC, jika ada perubahan maklumat seperti berikut :

  1. Status Perkahwinan
  2. Bilangan Anak
  3. Jumlah Pendapatan

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK KEMASKINI?

Setelah mengemaskini, sila muatnaik (upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Status Perkahwinan = Sijil Nikah/ Cerai
  • Bilangan Anak = Sijil Lahir Anak
  • Jumlah Pendapatan = Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

Bagi anda yang tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda dicadangkan untuk memeriksa samada permohonan anda sudah diterima di dalam sistem bantuan kerajaan yang baru (BKM) ini.

KEMASKINI PERMOHONAN BKM

BAGAIMANAKAH PANDUAN KEMASKINI PERMOHONAN BKM 2022?

Berikut dikongsikan panduan untuk mengemaskini permohonan BKM 2022 :

  1. Pergi ke pautan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022;
  2. Sila klik pada “Permohonan Baru” jika maklumat anda belum ada dalam sistem atau klik “Log Masuk BKM” untuk mengemaskini permohonan;
  3. Kemudian, klik pada butang “Kemaskini Permohonan”;
  4. Masukkan Nombor IC/Kad Pengenalan anda dan tekan butang “Semak“;
  5. Isi setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) dan klik butang “Teruskan”;
  6. Seterusnya, isi Kod Captcha dan tekan “Sahkan Captcha”;
  7. Sila tandakan “Tick” pada butang Perakuan Pemohon;
  8. Akhir sekali, tekan butang “Hantar” untuk teruskan permohonan.

KEMASKINI PERMOHONAN BKM

KEMASKINI PERMOHONAN BKM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk membuat permohonan secara manual, perkhidmatan kaunter BKM LHDN telah dibuka untuk sesi permohonan dan juga kemaskini MyBKM 2022.

Tetapi pemohon disarankan untuk buat semakan BKM secara dalam talian (online). Jika maklumat anda tiada dalam rekod BKM & permohonan anda tidak tepati syarat kelayakan, sila buat permohonan yang baru segera.

Anda juga boleh merujuk Soalan lazim (FAQ) LHDN untuk memahami dengan lebih jelas berkaitan kemaskini BKM.

Semoga urusan anda untuk mengemaskini permohonan BKM 2022 dan membuat permohonan baru dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik. Sama-samalah kita sampaikan maklumat ini kepada mereka yang belum tahu tentang bantuan ini. Sebarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More