Sumber Rujukan Globalisasi Anda

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos

Kemaskini Sistem UPU Online boleh dibuat oleh pelajar lepasan STPM 2021 dan 2022 mulai 9 Ogos ini. Diharapkan agar para lepasan membuat tindakan segera agar tidak ketinggalan ke belakang. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Kemaskini Sistem UPU Online

Isi Kandungan

Sistem UPU Online

Semakan sistem UPU Online merupakan satu sistem elektronik yang menjadi kegunaan utama mana-mana pelajar untuk melanjutkan pengajian peringkat tinggi. Mereka perlu membuat permohonan, kemas kini dan semakan permohonan berkaitan hal-hal kemasukan ke universiti pilihan. Mereka akan ditempatkan ke salah satu institut daripada banyak-banyak yang dimohon. Berikut merupakan antara jenis pengajian peringkat tinggi, iaitu:

  1. Kolej Matrikulasi
  2. Universiti Awam
  3. Politeknik
  4. Kolej Komuniti
  5. Dan lain-lain.

Kegunaan Sistem UPU Online

Apabila anda sudah mendaftarkan diri ke dalam sistem UPU ini, anda akan melihat beberapa fungsi yang dapat anda gunakan. Kebiasannya, pendaftaran UPU akan dibuat lebih awal daripada tempoh permohonan. Melalui sistem UPU Online ini, anda dapat:

  1. Membuat carian berkaitan IPTA yang anda inginkan.
  2. Mengetahui senarai program yang ditawarkan mengikut sesebuah IPTA.
  3. Mengetahui nilai atau kredit yang diperlukan untuk sesutau program/bidang yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA.
  4. Melihat syarat am dan khas yang perlu dipenuhi.
  5. Membuat anggaran laluan kerjaya dengan memasukkan nilai dapatan keputusan STPM anda.

Pembelian Nombor Pin UPU

Untuk mendaftar akaun UPU Online, kita sedia maklum bahawa perlu menggunakan satu nombor pin UPU. Hanya satu jenis bank yang digunakan untuk pembelian nombor pin ini iaitu BSN. Berikut merupakan senarai saluran yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan nombor pin UPU.

  1. Pembelian secara atas talian :
    • Anda perlu mempunyai akaun bank BSN dan mencari butang yang berkaitan pembelian nombor UPU. Buat pembelian di sini akan memudahkan dan menjimatkan masa anda.
  2. Pembelian di ATM :  
    • Anda perlu pergi ke bank BSN berdekatan dan mesin ATM. Masukkan kad anda dan cari carian pembelian nombor upu.
  3. Kaunter bank BSN :
    • Kaedah ini sering digunakan dahulu kerana ibu bapa senang bertanyakan soalan dan perkara yang tidak jelas. Anda juga boleh meminta tunjuk ajar atau penjelasan daripada pegawai bank tersebut berkaitan perkara nombor UPU ini.
  4. Pembelian melalui perbankan SMS :
    • Anda perlu pastikan anda mendaftar terlebih dahulu bagi menggunakan kaedah ini.
    • Anda pelu menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN/MYKAD dan hantar ke talian 36898.

Hubungi Saluran Rasmi UPU

Kemaskini Sistem UPU Online

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak UPU melalui saluran berikut:

Talian HOTLINE:

  1. 03 8870 8200
  2. 03-8870 6769/6829
  3. 03-8870 6121/6774

Faks : 03 8870 6864

E-mel : [email protected]

Facebook Rasmi : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU

Kemaskini Sistem UPU Online

Pelajar lepasan STPM 2021/2022 perlu membuat kemaskini sistem UPU Online dengan segera kerana tempoh yang diberikan hanyalah selama 4 hari. Pembukaan kemaskini sistem UPU Online bermula pada tarikh 9 Ogos 2021 hingga 12 Ogos 2021 sahaja. Jika terlambat berbuat sedemikian, anda akan menghadapi masalah kemasukan ke mana-mana pengajian tinggi.

Anda juga boleh membaca artikel yang berkaitan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 dan Permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp. Sekiranya layak, anda boleh membuat permohonan bagi membantu kemasukan anda.

Langkah Kemaskini

Berikut dikongsikan langkah untuk membuat kemaskini sistem UPU Online yang mudah. Diharapkan dapa membantu anda.

  1. LANGKAH PERTAMA: Anda perlu melayari laman rasmi UPU Online. Tekan di sini.
  2. LANGKAH KEDUA: Selepas itu, anda perlu mencari “Permohonan Kemasukan” pada bahagian pilihan. Tekan butang tersebut.
  3. LANGKAH KETIGA: Log masuk ke dalam akaun UPU anda menggunakan maklumat baru-baru ini yang telah didaftarkan.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Setelah itu, anda perlulah buat kemaskini sistem UPU Online dengan mengubah atau menambah maklumat yang penting. Isi maklumat akademik dan permohonan anda.
  5. LANGKAH KELIMA: Sekiranya anda sudah selesai dan yakin dengan pilihan anda, tekan “Sah” dan “Hantar”. Tunggu keputusan UPU Online pada kemudian hari.

Fasa Kemaskini Sistem UPU Online

Untuk kemaskini sistem UPU Online ini, terdapat 2 fasa yang perlu anda ketahui dan fahami, iaitu:

KATEGORI

FASA KEMASKINI

PERMOHONAN BAHARU

  •  STPM
  • MATRIKULASI
  • ASASI
  • STAM

Kemaskini pilihan program pengajian,kecuali:

  1. Program yang sudah dipanggil temuduga, ATAU
  2. Program yang sudah dipanggil ujian.
  1. Permohonan program pengajian,kecuali program pengajian yang ditemuduga atau ujian.
  2. Muat naik dokumen(Lepasan Diploma/setaraf sahaja).
  •  DIPLOMA
  • SETARAF 
  1. Muat naik dokumen/maklumat penting.
  2. Kemaskini keputusan akademik.

Permohonan Baharu UPU

Kemaskini Sistem UPU Online

Untuk membuat permohonan baharu, anda boleh mengikuti langkah di bawah:

  1. LANGKAH PERTAMA: Layari laman web rasmi UPU Online. Daftar masuk ke dalam akaun dengan membuat akaun yang baharu terlebih dahulu.
  2. LANGKAH KEDUA: Semasa membuat akaun, pastikan anda memasukkan maklumat yang diminta dengan betul. Ingat kata laluan dan maklumat log masuk.
  3. LANGKAH KETIGA: Isi maklumat yang diminta dengan betul. Berikut merupakan antara maklumat yang perlu dimasukkan.
    • Maklumat peribadi pemohon.
    • Maklumat keluarga pemohon.
    • Maklumat akademik.
    • Maklumat program pengajian yang dipilih.
    • Lain-lain maklumat berkaitan.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Setelah siap memasukkan semua maklumat, anda perlu klik butang “Sah” dan “Hantar”.
  5. LANGKAH KELIMA: Anda akan dibawa ke paparan maklumat/slip permohonan yang anda isi sebentar tadi dalam bentuk pdf.
  6. LANGKAH KEENAM: Anda akan diminta untuk memuat naik dokumen yang berkaitan.
  7. LANGKAH KETUJUH: Tunggu permohonan anda disahkan.
  8. LANGKAH KELAPAN: Buat kemaskini sistem UPU Online jika diperlukan kemudian hari.

Tips Mohon UPU Online

Kepada mana-mana pelajar lepasan STPM yang ingin mendapatkan beberapa tips yang ringkas tetapi penting berkaitan permohonan UPU, anda boleh menonton video di bawah ini. Harap-harap bermanfaat buat anda.

Jadual Panduan Kemaskini UPU Online

PERKARA

LEPASAN SPM

LEPASAN STPM/

MATRIKULAS/

ASASI/STAM

LEPASAN DIPLOMA/

SETARAF

Pendaftaran UPUOnline

Wajib

Wajib

Wajib

Pengisian Maklumat Peribadi

Wajib

Wajib

Wajib

Pengisian Maklumat Keluarga

Wajib

Wajib

Wajib

Pengisian Keputusan
Maklumat SPM

Tidak perlu

Wajib

Wajib

Pengisian Keputusan
Maklumat STPM/MATRIKULASI/STAM

Tidak perlu

Tidak perlu

Wajib

Memuat naik salinan dokumen berkaitan

 TIDAK

TIDAK

PERLU

Kemaskini lebih dari sekali

 PERLU

 PERLU

PERLU

Penukaran kategori lepasan setaraf

 TIDAK

TIDAK

PERLU

Bilangan minimum pilihan
program pengajian

6 Pilihan

6 Pilihan

6 Pilihan

Bilangan maksimum pilihan program pengajian

12 Pilihan

12 Pilihan

8 Pilihan

Pilihan program pengajian

Selepas 5 Hari Keputusan SPM dihebahkan

Selepas 5 Hari Keputusan STPM dihebahkan

Selepas 5 Hari Keputusan STPM dihebahkan

Penukaran program
yang ditawarkan

 TIDAK

TIDAK

TIDAK

Mencetak permohonan UPU Online

PERLU

 PERLU

 PERLU

Kategori Pemilihan Permohonan

  • Kategori A,S

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 1

  • Kategori N, P, U, L, K, J

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 2        STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 3

  • Kategori T

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 4

  • Kategori E

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 5

  • Kategori F

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 6

  • Kategori G

STPM2021/2022-Kemaskini Sistem UPU Online Mulai 9 Ogos 7

Soalan Lazim

Bolehkah saya ingin membuat permohonan Universiti Awam melalui cara yang lain?

  • Tidak, kerana pemohon hanya boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi sistem UPU Online. Ini akan memudahkan pemilihan IPTA, Matrikulasi, Kolej Komuniti dan lain-lain bagi seluruh Malaysia.

Saya ingin memasuki universiti swasta. Perlukah saya membuat permohonan di laman web UPU juga?

  • Tidak perlu, anda hanya perlu melayari laman web rasmi universiti swasta yang anda ingin mohon. Segala prosedur dan proses kemasukan adalah tertakluk kepada pindaan universiti swasta itu sendiri.

Apakah antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak lepas atau tidak layak dalam sistem UPU Online?

  • Sebab tidak layak adalah kerana tidak menekan butang sah dan hantar, tidak memenuhi syarat atau kriteria yang diperlukan, memohon bidang atau program pengajian yang luar daripada aliran anda dan tidak terpilih kerana persaingan yang sangat tinggi.

Bilakah tarikh tutup kemaskini sistem UPU Online ini?

  • Tarikh yang diperuntukkan kepada pelajar lepasan STPM 2021/2022 untuk buat kemaskini sistem UPU Online adalah sehingga 12 Ogos 2021 ini jam 5 petang.

Saya merupakan lepasan diploma. Saya berada dalam kategori permohonan yang mana?

  • Anda berada dalam kategori G iaitu lepasan Diploma atau setaraf.

Berapakah kategori yang ada untuk lepasan STPM?

  • Terdapat 2 sahaja kategori lepasan STPM iaitu A dan S:
    1. Kategori A: Aliran Sastera lepasan tahun semasa.
    2. Kategori S: Aliran Sains lepasan tahun semasa.

Buat Kemaskini Sistem UPU Online Sekarang

Kemaskini Sistem UPU Online

Setelah perkongsian berkaitan kemaskini sistem UPU Online ini, khususnya buat lepasan STPM tahun 2021/2022 ini mampu membuat tindakan segera. Sesungguhnya, masih jauh lagi perjalanan yang perlu anda tempuhi sebagai seorang pelajar yang berwibawa. Berusaha, berdoa dan bertwakkal kepada Ilahi. Itulah cara yang perlu diamalkan oleh mana-mana manusia dalam mencapai kejayaan ini.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Moga-moga, keberkatan dan kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan anda.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More