Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kempen CCM “Jom Dive” Tawar Pakej Skuba

Orang ramai kini boleh menikmati aktiviti selam skuba dan menerokai khazanah hidupan marin menerusi pakej istimewa melalui Kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) ‘Jom Dive!’. Usaha itu bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengunjungi gugusan pulau di negara ini dan menikmati kepelbagaian khazanah marin.

ccm

Isi Kandungan

Pakej Skuba CCM “Jom Dive”

Sebanyak 1,000 pakej selam skuba ditawarkan berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’, selain pemberian diskaun sebanyak RM450 bagi setiap pembelian pakej berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu resit.

Menerusi kempen CCM ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk melancong serta menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik dengan memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada

Tarikh Tutup Tawaran Pakej Skuba CCM “Jom Dive”

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kempen pelancongan terbaru Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penyelam Skuba Malaysia bermula hari ini hingga 31 Mei depan itu menawarkan potongan harga istimewa bagi lesen aktiviti selam skuba, selain pelbagai pakej pelancongan menarik.

Nancy berkata, usaha itu diharap dapat memupuk minat, kesedaran dan rasa kecintaan orang ramai terhadap keindahan dasar laut semula jadi yang ada di dalam negara ini.

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Malaysia dibawah

http://www.malaysia.travel/

atau layari pautan ini http://www.xtvt.com.my/

Artikel lain: JPJeBiD, Bidaan Siri Nombor FD Dibuka

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More