Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kenaikan Kadar Bantuan Kebajikan Kepada Kumpulan Sasar Kementerian

Kadar Bantuan Kebajikan dinaikkan berikutan wabak Covid-19 yang telah melanda negara kita bahkan seluruh dunia yang telah mendedahkan kita kepada beberapa bentuk cabaran baharu. Antara cabarannya adalah cara kita melakukan tugas dan menghadapi kehidupan seharian bukan lagi seperti biasa.

Walaubagaimanapun, Kerajaan sedia ada sedar dengan beban yang terpaksa diharungi oleh rakyat untuk menghadapi krisis wabak Covid-19 ini. Kerajaan juga sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memberi bantuan dan menjaga keselesaan untuk rakyatnya.

Oleh itu, menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beberapa kenaikan bantuan kebajikan kepada golongan Kumpulan Sasar Kementerian akan dilaksanakan sempena 365 Hari Menyantuni Masyarakat.

Isi Kandungan

4 KENAIKAN KADAR BANTUAN KEBAJIKAN

Sebanyak 4 kenaikan kadar bantuan kebajikan kepada Kumpulan Sasar Kementerian yang bakal dilaksanakan pada tahun ini iaitu untuk Kumpulan Sasar seperti :

  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Orang Tua
  • Bantuan Kanak-Kanak

Orang Kurang Upaya (OKU)

  1. Kadar bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya (OKU) kenaikan sebanyak RM50 (RM250 kepada RM300) bakal memanfaatkan seramai 84,000 penerima.
  2. Kadar Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) kenaikan sebanyak RM50 (RM400 kepada R M450) bakal memanfaatkan seramai 88,000 penerima.
  3. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pesakit Kronik terlantar kenaikan sebanyak RM150 (RM350 kepada RM500) bakal memanfaatkan seramai 27,573 penerima.

Orang Tua

  1. Kadar bantuan Orang Tua kenaikan sebanyak RM150 (RM350 kepada RM500) bakal memanfaatkan kepada 136,240 penerima.
  2. Saguhati sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah dinaikkan daripada RM150 kepada maksimum RM500
  3. Saguhati kepada klien program kenaikan sebanyak RM50 (RM30 kepada RM80) bakal memanfaatkan lebih 2,000 sukarelawan dan lebih 8,000 warga emas dan OKU.

Kanak-Kanak

  1. Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, di naikkan kepada RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga yang akan memanfaatkan seramai 63,000 penerima.

KADAR BANTUAN KEBAJIKAN

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Kenaikan Kadar Bantuan Kebajikan Kepada Kumpulan Sasar Kementerian dapat memberi manfaat buat anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak informasi, isu-isu semasa serta bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa sila layari website kami di https://t.me/tcerdotm.

Terima Kasih

Anda juga mungkin berminat :

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021

Promosi Diskaun Tiket ETS KTMB RM10

Semakan Rebat Bil Elektrik 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More