Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Rebat Bil Elektrik 2021

Rebat Bil Eletrik 2021 sebanyak RM40 sebulan kini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia. Khabar gembira buat semua rakyat Malaysia apabila rebat bil elektrik tersebut merupakan antara bantuan kerajaan.

Namun, bantuan ini hanya untuk mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapat bantuan kerajaan ini. Hal ini kerana kerajaan hendak memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin tegar yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

Berikut dikongsikan tatacara penuh bagaimana untuk membuat semakan bil elektrik ini. Untuk pengetahuan anda, sebanyak RM80 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Isi Kandungan

SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK 2021

Melalui program ini, anda semua boleh mendapat rebat pembayaran bil elektrik sehingga RM40 setiap bulan.

Namun tidak semua layak memohon. Hanya golongan berikut layak menerima rebat ini, antaranya ialah:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam sistem eKasih.
  • Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah berdasrakan Pendapaptan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Program rebat elektrik ini bermula 1 Januari 2021 – 31 Disember 2021.

KRITERIA-KRITERIA PERMOHONAN

  1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih
  5.  Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019;
  8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
  9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

PANDUAN PERMOHONAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Untuk membuat permohonan, anda wajib mendaftar dengan sistem eKasih terlebih dahulu. Jika anda belum mendaftar klik DISINI.

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

Setelah pendaftaran selesai dibuat, anda boleh semak adakah anda layak menerima rebat ini atau sebaliknya.

Untuk semakan, anda boleh melayari :

https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php

Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian :

REBAT BIL ELEKTRIK

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Semakan Rebat Bil Elektrik 2021 dapat memberi manfaat buat anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak informasi dan bahan-bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa sila layari laman web kami di https://t.me/tcerdotmy

Terima Kasih.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Semakan Insentif PTPTN Anak Sarawak 

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz

Permohonan IPG PISMP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More