Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Khairy Jamaluddin tidak akan ambil suntikan vaksin Pfizer

Vaksin Pfizer pertama telah tiba di Malaysia. Setelah lebih setahun negara ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini, akhirnya vaksin yang menjadi harapan dalam menangani wabak itu telah mendarat di bumi Malaysia.
vaksin pfizer
Tanggal 24 Februari 2021 yang lalu, Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah penting negara apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah bermula. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengetuai rakyat dan menjadi orang pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu.
Kedua-dua individu berkenaan akan bersama-sama sekitar 500,000 petugas barisan hadapan menerima dos pertama mereka, dalam fasa pertama program vaksinasi yang bermula antara Februari hingga April 2021.

PM Orang Pertama Penerima Vaksin Pfizer

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pada 4 Februari lepas berkata, keputusan kerajaan untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai orang pertama menerima vaksin adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat negara ini.
vaksin pfizer

Namun begitu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memutuskan untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Sebaliknya beliau memilih untuk menjadi orang pertama mengambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya nanti.

Menurutnya lagi, beliau melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah menerima vaksin Pfizer-BioNTech ini dan menjadikan rakyat semakin yakin dengan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sekarang.

vaksin pfizer

“Jadi saya akan mengambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya,” katanya pada sidang media sempena Ketibaan Bekalan Kedua Vaksin Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.

Sumber : Sinar Harian 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More