Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4 dan 5

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4 dan 5 ini adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.

Portal ini dibangunkan untuk membantu pelajar terutamanya, serta para guru dan juga ibubapa dalam nota yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik dan berkesan. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan sebaga platform rujukan lengkap untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM terutamanya.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun nota ringkas dan padat ini pada pautan muat turun pdf yang telah disediakan di bawah. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan.

Isi Kandungan

Dapatkan “KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA INGGERIS” anda di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’.

TAJUK

LINK DOWNLOAD

GRAMMAR

WRITING

LITERATURE (QUESTION AND ANSWER)

ESSAYS

Semoga bermanfaat buat semua. DIpersilakan SHARE kepada semua.

 

Tips Mudah dan Cara Nak Pandai Bahasa Inggeris , serius sangat berkesan.

Bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang penting terutama bila kita mengalami alam pekerjaan nanti. Ianya tidaklah sukar, cuma perlu dipraktikkan dalam setiap percakapan kita untuk fasih samaada bertutur kata mahupun sari segi penulisan.

1)  Cuba bermain dengan beberapa Tongue Twisters

Biarkan rakan anda berasa kagum mendengar anda menyebut perkataan-perkataan dari Tounge Twister.  Jangan bimbang sekiranya anda memrlukan masa untuk mengulang-ulang ayat-ayat ini, kerana Tounge Twister ini juga terbukti sukar sungguhpun buat para penutur asli.

2) Dengar Muzik Kegemaran Anda

Mendengar muzik adalah satu cara yang terbaik untuk menemui perkataan-perkataan baru selain daripada melatih intonasi sebutan Bahasa Inggeris anda. Di dalam lagu-lagu, intonasinya sudah pasti berbeza, kerana terdapat melodi lagu itu sendiri. Namun begitu, anda masih boleh mendengar dan memahami tempat-tempat yang diberi penekananan dalam bait-bait liriknya.

3) Cara Sebutan yang Sempurna dengan Pembacaan Puisi

Pelajari segalanya tentang rima kata (perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang sama pada penghujungnya) dan juga lenggok sesuatu puisi!

4) Tingkatkan Kemahiran Reading Comprehension Melalui Kisah-Kisah Dongeng

Kebanyakan hikayat kisah dongeng mempunyai plot cerita yang mudah dan hanya beberapa watak sahaja. Hal ini membuatkan ia lebih mudah untuk diingati.

5) Berlatih Berfikir di dalam Bahasa Inggeris dengan Membuat Jurnal

Sekiranya anda cuba untuk menerangkan sesuatu perkara tetapi tidak mempunyai perkataan yang cukup dan sesuai untuknya, besar kemungkinan yang anda perlu mencarinya di dalam kamus atau dengan cara yang bersesuaian. Oleh itu, adalah lebih mudah sekiranya anda mula berlatih untuk berfikir di dalam Bahasa Inggeris

6) Tingkatkan Pemahaman Budaya Sesuatu Bahasa Melalui Lawak Jenaka

Kebolehan untuk memahami jenaka di dalam sesuatu bahasa adalah satu perkara yang penting untuk memahami budaya bahasa tersebut. Manythings adalah satu contoh laman web yang bagus untuk mencari beberapa contoh lawak jenaka klasik.

7) Belajar Meluahkan Pendapat Melalui Berita dan Debat

Tontoni debat-debat untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan juga bagi menambah perbendaharaan kata anda. Siri debat ini adalah salah satu contoh terbaik bagi melihat penggunaan Bahasa Inggeris yang formal. contoh boleh selalu membaca berita The Star dan sebagainya.

8) Asah Skil Percakapan dengan Menonton Filem

Untuk permulaan, daripada menggunakan sarikata, sebaliknya, gunakanlah skrip filem dalam talian dan ikutinya bersama-sama apabila anda menonton filem tersebut. Tandakan atau gariskan dialog yang anda sukai. Bincangkan mengapa anda sukakan dialog-dialog tersebut.

9) Tambahkan Keyakinan dengan Menggunakan Media Sosial

Sekiranya anda mempunyai dan mengenali penutur asli Bahasa Inggeris, adalah sangat ideal dan baik untuk berlatih menggunakan Bahasa Inggeris dengan mereka. Namun begitu, pilihan kedua yang terbaik, adalah dengan berlatih bersama rakan yang juga sedang belajar Bahasa Inggeris.

10) Tambahkan Pemahaman Kata Pepatah dan Perumpamaan

Semakin banyak anda belajar tentang subjek ini, semakin bagus. Para penutur Bahasa Inggeris biasanya menyulami percakapan mereka dengan perumpamaan dan pepatah dalam percakapan harian.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4 dan 5 memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.koleksi

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More