Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Soalan Skor A Matematik Tambahan SPM + Skema Jawapan

Koleksi Soalan Skor A Matematik Tambahan SPM merupakan set soalan yang dikumpulkan dari Modul Amanjaya Yayasan Perak.

Yayasan Perak merupakan sebuah organisasi yang menjalankan program dan kemudahan pendidikan dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu, Yayasan Perak diperluaskan lagi bagi membantu dan memperkukuhkan peranan dari aspek pembangunan sosial dan kemasyarakatan di Negeri Perak.

Daripada program yang dilaksanakan dan bilangan penerima manfaatnya, jelas menunjukkan bahawa keutamaan Yayasan Perak adalah untuk membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup dan menerima bantuan secara langsung.

Untuk mendapatkan Koleksi Soalan Skor A Matematik Tambahan SPM , anda boleh memuat turun koleksi soalan tersebut dibawah.

Dapatkan “Koleksi Soalan Skor A Matematik Tambahan SPM” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

 

Tips Skor A Add Math

1.Pupuk minat terhadap add math

Perkara utama yang dapat membuatkan kita terus bersemangat adalah dengan tanamkan minat dengan subjek Add math. Dengan adanya minat, adik-adik akan terus berusaha dan tidak mudah mengalah walaupun keputusan peperiksaan untuk subjek add math tidak begitu bagus. Tolong buang persepsi bahawa “add math itu susah”. Sebagai seorang manusia biasa, sememangnya minat/cinta itu dapat mempengaruhi apa yang kita lakukan. Kalau kita minat sesuatu, kita akan letak usaha yang lebih.

2.Fahamkan Konsep

Bila adik-adik mula suka subjek add math, adik-adik kena fahamkan konsep setiap bab. Bila adik-adik dah betul-betul faham konsep semua bab,In Sha Allah lulus dalam genggaman adik-adik.

3.Buat soalan SPM tahun-tahun lepas

Salah satu cara terbaik untuk score add math adalah dengan perbanyakkan buat latihan berdasarkan soalan SPM tahun-tahun lepas. Adik-adik boleh mengetahui bentuk soalan dan lebih memahami konsep dalam add math apabila membuat banyak latihan. Formula dan konsep asas dalam add math adalah sama cuma nombornya ditukar. Kalau adik-adik sudah faham konsepnya, mesti boleh jawab soalan add math dengan betul.

Penutup

Sekian.Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Soalan Skor A Matematik Tambahan SPM ini membantu anda..

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More