Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KPM Ambil Tindakan Sekolah Asing Kokurikulum Ikut Kaum

Tindakan Akan Diambil Bagi Sekolah Yang Keluarkan Panduan Pemilihan Aktiviti Sukan Mengikut Kaum

tindakan

Tindakan pengasingan aktiviti kokurikulum mengikut satu kaum yang dilakukan oleh sebuah sekolah di Johor dilihat bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau akui terkejut dan dukacita apabila dimaklumkan mengenai perkara yang dilakukan sekolah terbabit.

“Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya terkejut dan dukacita apabila dimaklumkan tentang tindakan sebuah sekolah yang mengeluarkan panduan pemilihan aktiviti sukan murid mengikut kaum.

“Apabila melihat panduan tersebut, terlintas dalam fikiran, “Aduh, kenapa perlu sedemikian? Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka!,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, semua ambil maklum bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai surat dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.

Mengikut kandungan surat itu, seorang pelajar hanya dibenarkan memilih satu jenis sukan sahaja daripada 12 jenis sukan yang ditawarkan.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Tips Cara Lebih Produktif di Tempat Kerja

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More