Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Sehari dan Sebulan

Sedar tak sedar Bulan Ramadhan makin menjelma tiba. Tinggal berbaki 22 hari lagi sebelum tiba Ramadhan. Bersediakah anda menyambut Ramadhan tahun ini? Jangan lupa ganti puasa yang tertinggal tau.
Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut
AL-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
Hadis: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)
CARA BACAAN LAFAZ NIAT HARIAN DAN SEBULAN PUASA BULAN RAMADHAN
LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) |
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى |
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala |
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala |
LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN SEBULAN (SEPENUHNYA) |
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى |
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala |
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala |
BACAAN DOA BERBUKA PUASA |
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين |
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin |
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
SOALAN: Apa perkara yang membatalkan puasa? JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara: 1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245). |