Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Laluan Keluar Masuk Ibu Negara Sesak

Laluan keluar masuk di ibu negara mengalami kesesakan lalu lintas sejak pagi tadi akibat sekatan jalan raya (SJR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Tinjauan Kosmo! mendapati, antara kawasan yang mula mengalami kesesakan lalu lintas ialah Lebuh Raya Persekutuan dan Sungai Besi bagi kedua-dua hala.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak sembilan SJR akan diadakan di Kuala Lumpur bagi memastikan tiada aktiviti rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran berlaku menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Laluan Keluar Masuk Ibu Negara Sesak 1
laluan

Beliau turut memberitahu, sebanyak empat SJR akan dilakukan di kawasan Putrajaya sementara jumlah pegawai dan anggota yang terlibat akan ditentukan dalam masa terdekat.

Pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang telah dilaksanakan pada 6 Mei hingga 17 Mei manakala di seluruh Kuala Lumpur bermula semalam hingga 20 Mei ini.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Kebolehjangkitan COVID-19 kembali meningkat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More