Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Larangan rentas negeri kekal sehingga 17 Mei

Orang ramai sudah boleh melupakan hasrat untuk merentas negeri atau pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

rentas negeri

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh lain diputuskan kelak.

Adham berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira lebih 13 kluster akibat merentas dilaporkan di beberapa negeri sejak April lalu.

Malah, katanya, beberapa kluster komuniti turut dikesan membabitkan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat selepas menghadiri majlis dan program.

“Kami mengesan beberapa kluster yang tercetus dalam komuniti akibat majlis dan program seperti  majlis pengebumian, perkahwinan, sambutan perayaan, majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan bencana banjir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, mengambil kira perkara itu, kementerian memutuskan aktiviti merentas tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh baharu diumumkan kelak.

Sumber Kosmo Online

Artike lain: Rentas negeri ketika Aidilfitri, polis akan periksa rumah ke rumah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More