Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MaGIC dan ScaleUp Bekerjasama Bangunkan Industri Pemula Niaga

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan ScaleUp Malaysia mengumumkan kerjasama untuk meningkatkan jumlah, kepantasan pertumbuhan dan nilai industri pemula niaga tempatan.

Dalam kenyataan berita Bernama, MaGIC berkata kerjasama itu adalah yang pertama untuk tahun ini dalam memacu merealisasikan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) untuk mempersiapkan 5,000 pemula niaga dan menarik dua unikorn dalam tempoh lima tahun akan datang.

MaGIC dan ScaleUp Bekerjasama Bangunkan Industri Pemula Niaga 1

“Kerjasama itu bertujuan melatih dan memberi bimbingan khas kepada 20 pemula niaga dominan dan meningkatkan komitmen pelaburan minimum sebanyak RM250,000 bagi setiap syarikat untuk 10 pemula niaga terpilih melalui pelaburan daripada pelabur institusi.

“Pemula niaga yang menyertai akan mendapat faedah daripada dana berpotensi institusi kewangan untuk menyediakan kemudahan kredit bersesuaian dan sokongan daripada rakan korporat strategik kepada 20 pemula niaga Malaysia yang berpotensi. Kedua-dua organisasi itu akan turut bekerjasama rapat dengan pemula niaga untuk menggandakan pendapatan mereka pada tahun akan datang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Dzuleira Abu Bakar berkata kerjasama dalam kalangan rakan ekosistem ini bertujuan menyediakan akses lebih bersedia kepada pelabur dan pembiayaan kepada pemula niaga yang bersedia untuk meningkat di Malaysia dan rantau ini.

“Melalui cara ini, kita mempersiapkan pemula niaga ini daripada ‘bootcamp’ (kursus latihan intensif) (peringkat awal) kepada Program Pemecut Global (GAP) (peringkat pertengahan hingga akhir) dan selanjutnya ke ScaleUp Malaysia (peringkat pertumbuhan) dengan dana komited untuk pelaburan.

Beliau berkata pusat itu berharap untuk menyalurkan alumni pemula niaga MaGIC kepada ScaleUp Malaysia dan begitu juga alumni ScaleUp Malaysia mendapat manfaat daripada program MaGIC.

“Dengan nilai ditambah kepada kitaran pembangunan pertumbuhan pemula niaga, kami secara efektif meningkatkan nilai dan impak kepada pemula niaga mengikut giliran dan menyampaikannya semula kepada ekosistem,” katanya.

Tekan disini untuk pergi ke laman sesawang MaGIC.

Sumber: Bernama

Artikel lain: Pinjaman Yayasan Kedah Ke Universiti Timur Tengah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More