Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Maksud Narsisistik Dan Periksa 15 Tanda Ini

Narsisistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD) yang sejak kebelakangan ini kembali tular dalam kalangan masyarakat ekoran ada artis terkenal tanah air menggelar suaminya adalah seorang yang narsisistik hingga mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan.

Ekoran daripada itu, ada dalam kalangan pengguna media sosial yang masih terpinga-pinga dan tidak mengetahui apakah maksud narsisistik ini?

NPD adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri. Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain. Ia adalah penyakit!

narsisistik

Menurut website Hello Doktor, Boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem. Namun, di sebaliknya mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.

Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka. Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.

narsisistik

Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga.

Faktor Narsisistik

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang itu mengalami penyakit Narsisistik ini dan menurut kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita. Antara faktornya adalah:

  • Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak
  • Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara mara
  • Faktor genetik keluarga
  • Sifat peribadi seseorang
  • Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak
  • Faktor neurobiologi

Ciri-ciri seorang Narsisistik

Menurut apa yang dikongsi di laman rasmi Public Health Malaysia, terdapat banyak ciri seseorang penghidap narsisistik ini. Kongsi mereka:
Anda kenal sesiapa dengan ciri ciri sebegini?
Gangguan Personaliti narsistik – salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti – adalah keadaan mental di mana orang mempunyai rasa pentingnya kepentingan mereka sendiri, keperluan mendalam untuk perhatian dan kekaguman yang berlebihan.
Tetapi di sebalik topeng keyakinan yang melampau ini terdapat harga diri yang rapuh terhadap kritikan.
Gangguan keperibadian narsistik menyebabkan masalah dalam kehidupan, seperti hubungan, pekerjaan, sekolah atau urusan kewangan.
Orang dengan gangguan personaliti narsistik biasanya tidak berpuas hati dan kecewa apabila mereka tidak diberi layanan, perhatian atau kekaguman khusus.
Mereka mungkin mendapati hubungan mereka tidak memuaskan, dan orang yang lain mungkin tidak senang berada di sekitar mereka.
narsisistik
Ciri Narsisistik wanita

Manakala untuk kaum lelaki, cirinya mungkin sedikit berbeza. Seperti yang dikongsi Public Health Malaysia adalah seperti berikut:

narsisistik
Ciri Narsisistik lelaki

 

Narsisistik: kenalpasti 15 ciri ini

Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik.

  1. Berasa diri sendiri lebih penting
  2. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
  3. Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
  4. Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
  5. Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
  6. Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
  7. Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
  8. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
  9. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
  10. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
  11. Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya
  12. Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
  13. Sukar mengawal emosi dan perasaan
  14. Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
  15. Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

Penutup

Perhatikan ciri-ciri di atas, adakah anda sedang berhadapan dengan individu narsisistik? Atau anda rasa ciri itu ada pada anda sendiri?

Walau apapun, berusahalah kita mencari solusi dan bawalah mereka rujuk pada pakar dalam bidang ini. Ingat! Jangan sesekali menidakkan perkara ini kerana ini adalah penyakit yang perlu kepada rawatan. Jadi bertindak segera.

Untuk info lain, boleh rujuk pada Menteri Kesihatan baru kita, Dr Zaliha Mustafa kerana mungkin beliau ada kongsikan info-info berkaitan kesihatan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More