Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Malaysia perlu isytihar Israel negara APARTHEID

Isi Kandungan

JOHOR BAHRU: Kerajaan didesak untuk mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara apartheid secara rasmi berdasarkan jenayah perang dan penjajahan terhadap Palestin sejak enam dekad lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar luar yang jelas dan bebas, pendirian Malaysia harus lebih lantang.

Menurut beliau, ia juga seharusnya menjangkaui kecaman semata-mata kerana kecaman dan kutukan dunia tidak memadai.

“Buat masa sekarang, kita mesti fokus kepada dua perkara prinsip, iaitu menyemak semula dasar two-state solution selari dengan aspirasi rakyat Palestin dan kedudukan semasa di Malaysia.

“Kedua, kita perlu mengisytiharkan secara rasmi Israel sebagai negara apartheid. Keputusan ini berdasarkan kebiadaban Israel dalam operasi pembantaian serta keganasan yang berterusan oleh rejim Zionis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Malaysia perlu isytihar Israel negara APARTHEID

Tambah bekas Menteri Besar Johor itu, dengan mengakui Israel sebagai rejim apartheid, ia akan mengubah kedudukan rejim itu dalam forum dunia dan memberi kesan yang lebih serius.

“Antara kesannya seperti pemutusan hubungan diplomatik dan larangan menyertai pelbagai acara dunia seperti Sukan Olimpik dan lain-lain. Perkara ini akan memberi tamparan serta tekanan yang jelas.

“Kita mesti ambil langkah lebih tegas dan radikal dengan mengisytiharkan bahawa Israel adalah negara apartheid secara rasmi, ia tidak boleh bersifat kecaman secara bermusim,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap kerajaan akan mengambil langkah yang lebih jelas, tegas dan radikal dalam isu ini kerana ia akan dipersoalkan tentang apa yang dilakukan tatkala rakyat Palestin diperlakukan dengan kejam oleh rejim pengganas yang tidak berperi kemanusiaan.

“Tahniah kepada seluruh masyarakat Malaysia yang cakna akan isu ini dan bersama-sama menyumbang untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman serta bantuan kepada rakyat Palestin dalam kapasiti kita sebagai orang awam,” ujarnya.

APA ITU APARTHEID?

merujuk kepada suatu sistem politik yang memisahkan penduduk kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih di Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1990-an. Dasar-dasar pemisahan ini dibentuk dilaksanakan sewaktu pemerintahan Hendrik Verwoerd, Perdana Menteri negara tersebut ke-7.

Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Siapakah Briged Al Qassam yang digeruni oleh Israel ini?6 Sebab Mengapa Briged Al Qassam Perlu Ditakuti Oleh Israel

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More