Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN ATAU KEGUGURAN

Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Hukum mandi wajib adalah wajib bagi setiap muslim bagi membersihkan diri daripada hadas besar.

Perkara yang menyebabkan mandi wajib:

  • Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
  • Keluar darah Haid bagi wanita.
  • Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
  • Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
  • Mati.
  • Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Selalu orang lupa bahawa lepas bersalin juga perlu mandi wajib, jadi mari kita lihat perkongsian seorang ibu ini tentang nifas dan wiladah untuk pengetahuan kita bersama.

MANDI WAJIB

Selepas bersalinkan alisha tahun 2016 dulu, nurse cakap kat yana.. nanti jangan lupa mandi wajib dan wiladah ye..

Haaaahh.. saya tak tahu pun. Apa tue nurse? (Siyess.. yana tak tahu. Jahilnya terasa diri sebab terlepas pandang bab kewajipan agama yang tue ðŸ˜­) nurse pun ajar ringkas yana sambil dok kemas2 bed yana bersalin.

Tapi yana tak berapa faham bercampur rasa khayal2 lagi baru jek lepas bersalin kan ðŸ˜… lepas teguk air milo dan makan biskut, sambil2 rehat yana pun google.. so, inilah info yang wajib semua ibu2 tahu ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

** Yana cuma copy paste info nie. If ada info lain boleh share. Kita sama2 belajar. Jangan lupa bertanyakan juga pada ustaz / ustazah yang lebih arif berkenaan nie tau.

CARA MANDI WAJIB LEPAS BERSALIN – WILADAH DAN NIFAS

Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita di terima Allah. Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 5 orang tidak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.

Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua iaitu:

Mandi wajib selepas melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan.

Mandi wiladah jika tiada darah..kalau ada darah, mandi nifas sahaja..

Niatnya:

“Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala”

Ratakan air keseluruh badan.

Nifas: Mandi wwajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari ia dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.

Jika anda keguguran perlu mandi nifas.

MANDI WAJIB

Niat:

“Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala”

Ratakan air keseluruhan badan.

selepas bersalin biasanya ada darah nifas jadi nk angkat hadas besar x boleh, jadi selepas habis nifas mandi niat angkat hadas besar maka terangkat hadas wiladah dan nifas hanya sekali sja. ðŸ˜Š

Dengan perkongsian ini diharap para isteri yang hendak melahirkan anak mendapat sedikit ilmu mengenai mandi wajib selepas bersalin ini. Para suami juga dapat mengingatkan isteri tentang ilmu ini. Semoga bermanfaat.

Sumber : NurLiana binti Mat Hussin

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More