Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kini sudah masuk fasa 3, pastinya ramai diantara kita yang dilanda kebosanan. Walaubagaimanapun rasa bosan berada dirumah, kita semua kena patuh arahan PKP. Siapa yang ingkar, silalah berkeliaran diluar supaya anda boleh direman.

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh elakkan rasa bosan sepanjang PKP ini. Antaranya, mencuba pelbagai resepi baru, bercucuk tanam dilaman rumah, menonton pelbagai movie di Netflix dan banyak lagi la.

Jika sebelum ini mereka yang aktif menggunakan Facebook pasti tahu akan kewujudan group Masak Apa Hari Ini  yang mengumpulkan idea dan tips masakan dari netizen-netizen di seluruh negara hampir setiap hari.

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Malah jika ada yang tidak mempunyai idea untuk memasak dan memerlukan tips berkait masakan, group itu pasti saja akan menjadi tempat rujukan terutama buat mereka yang berminat untuk mencuba resepi baru sebelum ini.

Bagaimanapun, sejak PKP dilaksanakan di negara kita, boleh dikatakan percubaan untuk memasak ini dilakukan oleh semua orang. Almaklumlah, bila kau buka Facebook pasti ada saja kuih, minuman, lauk dan macam-macam lagi yang menarik selera.

Niat untuk memasak itu adalah baik dan selaras dengan saranan kerajaan, namun apa yang mencuit hati adalah apabila masakan yang dibuat tidak menjadi dan mula dikongsikan di media sosial.

Dan mungkin kerana tertalu ramai yang mencuba untuk memasak di musim PKP ini, sebuah group Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’? mula tular sejak beberapa hari lalu di alam maya selepas hantaran-hantaran masakan yang tidak menjadi mula dibuat di laman tersebut oleh netizen.

Walaupun baru sahaja ditubuhkan sejak 14 April yang lalu, namun group tersebut setakat ini sudah berjaya mengumpul ahli seramai 879k!! Sudah hampir 1M.  

Jika dibaca tentang syarat dan terma group tersebut membenarkan mereka untuk berkongsi masakan-masakan yang telah dicuba tetapi tidak menjadi dan hasil yang dikongsikan pasti akan membuat anda tidak kering gusi melihatnya.

Berikut adalah beberapa hantaran yang menunjukkan ‘masak tak jadi’ yang telah dikongsikan di group tersebut.

Walaupun dilihat melucukan, namun kewujudan group ini mungkin boleh meningkatkan keyakinan mereka yang tidak mahir memasak untuk mencuba dan berkongsikan hasil yang diperoleh.

Jika sebelum ini anda risau masakan yang dibuat itu tidak menjadi seperti resepi yang dikongsikan, kini anda tahu anda tidak lah berseorangan dan masih ramai di luar sana yang turut ‘masak tak jadi’ hari ini.

Sementara kita semua masih berada dalam PKP sehingga hujung bulan ini, masih ada kesempatan untuk anda mencuba resipi-resipi yang anda peroleh di media-media sosial dan cuba untuk menghasilkannya.

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 2

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 3

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 4

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 5

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 6

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 7

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 8

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 9

Penulis sendiri telah dijemput menjadi ahli digroup ini semalam. Percaya atau tidak, sampai jam 3 pagi penulis masih ketawa sambil scroll group ni. Penulis pun dah tak murung lagi semenjak adanya group ni …

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? 10

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More