Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) mengajak orang ramai membantu rakyat Palestin dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Menerusi kenyataan hari ini, Media Prima menzahirkan penghargaan kepada penderma yang menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima sebelum ini, bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Palestin.

Katanya, sumbangan itu membolehkan rakyat Palestin meneruskan hidup dengan bantuan keperluan asas seperti makanan dan perubatan ketika berdepan saat genting.

“Kami sekali lagi merayu sumbangan orang ramai bagi membantu rakyat Palestin. Keganasan terhadap rakyat Palestin yang sedang berlaku ini meragut ratusan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta ramai lagi yang tercedera.

“Di saat keganasan yang memuncak, rakyat Palestin tetap meneruskan perjuangan mereka walaupun mereka mengalami kesukaran dalam mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan kesihatan.

“Sumbangan semua adalah penting dan sangat bermakna dan individu serta organisasi boleh salurkan sumbangan mereka ke akaun semasa Malayan Banking Berhad (Maybank) bernombor 5642-7651-0331 di atas nama Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sumbangan menerusi cek perlu ditulis atas nama Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dan boleh disalurkan kepada Jabatan Komunikasi Strategik Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 4, Anjung Liku, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima ditubuhkan pada 2012 dan diaktifkan semula pada 24 Julai 2014 di atas pergolakan yang berlaku di Gaza.

Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

Isi Kandungan

Nombor Akaun

Sumbangan ke akaun Maybank = 5642 7651 0331 (Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima)

atau anda boleh layari laman web Media Prima sendiri untuk memberi sumbangan; https://www.tabungmpb.org.my/

Media Prima juga menyediakan beberapa Tabung Kemanusiaan yang lain:

Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNKPermohonan Latihan Kemahiran IPC Marii

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More