Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mee Goreng Basah Melekit-Lekit, Makan 1 pinggan Tak Cukup

MEE GORENG Basah kesukaan ramai orang. Tapi nak dapat yang sedap kalau makan kat luar tu memang sangat susah. Kalau ‘order’ biasa dapat yang tak kena dengan citarasa kita.

Nak sedap? Kena la masak sendiri kat rumah kan. Ikut suka kita nak buat ikut cara kita macam mana pun. Kita juga boleh masukkan lauk banyak-banyak, memang puas hati makan seisi keluarga.

Nak buat tapi tak tahu resepi yang sedap? Jom kita cuba resepi Mee Goreng Basah melekit-lekit ni dari Hashimah. Nampak menyelerakan dan sedap!

Resipi Mee Goreng Basah

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu makan cili kisar(boleh lebihkan)
  • 5 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung(bancuh dgn air setengah gelas)
  • Tomato setengah biji potong dadu

Optional bahan (terpulang dengan bahan apa yang ada)

  • Udang
  • Sosej 1 batang
  • Fishball 4 biji
  • Fishcake 1 batang
  • Tauhu kering 2 biji
  • Tomato hiris stgh biji
  • Cili merah hiris 1 biji
  • Lobak hiris panjang setengah batang

CARA-CARANYA:

  1. Tumis bawang yang sudah di tumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya. Masukkan pulak tomato, tumis hingga layu dan hancur.

2. Masukkan semua sos, gaul-gaul, dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mee, sayur berdaun, apa-apa sahaja yang cepat layu.

 

 

3. Masukkan 2 gelas air, dan bancuhan tepung jagung tadi. Perasa dengan garam dan gula, siap!

 

4. Cara untuk menghidang. Jika sudah bersedia untuk makan barulah cedok kuah dalam kuali dan masukkan mi dan sayuran hijau. Panaskan, hingga sebati mi dengan kuah. Sedia untuk dihidang.

 

TIPS PENTING

  • Untuk semua jenis mi, tomato ditumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar digaul mesra bersama mi dan sayuran lain.
  • Sebelum tutup api, perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mi. Rasa mi akan lagi sedap dan tidak rasa masam pun.

Sumber : Facebook Hashimah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More