Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mentega VS Marjerin

Mentega VS Marjerin adalah dua bahan yang penting dalam masakan kita terutama pembuatan boskut, kek dan sebagainya. BERSEMPENA Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, sudah seperti menjadi kewajiban semua untuk menunjukkan bakat masing-masing membuat kuih dan kek raya.  Sudah semestinya antara bahan utama yang digunakan adalah mentega atau majerin.

Sering menjadi tanda tanya beza di antara Mentega dan Marjerin kerana bentuknya yang seakan hampir sama.

Adakah  dua bahan ni tiada beza? Jika mentega sudah habis di pasaran boleh di ganti dengan marjerin? Adakah ia akan mengubah hasil pastri dan kek anda tu nanti?

Berikut adalah perbezaan dari segi sumber, tekstur dan kegunaan bagi kedua-dua bahan ni di dalam masakan dan pastri.

Isi Kandungan

MENTEGA

Mentega VS Marjerin
Mentega VS Marjerin
  • Adalah sejenis produk tenusu.  Perkataan butter  berasal daripada istilah Greek iaitu boutoron yang bermaksud keju lembu.
  • Diperbuat dari lemak susu haiwan yang diproses dengan bahan tambahan lainnya seperti air, garam, dan susu.
  • Disebabkan mentega diperbuat daripada lemak haiwan, aroma mentega ni lebih wangi dan menyelerakan.  Mentega selalu digunakan sebagai bahan tambahan untuk pembuatan kek dan biskut.  Ia memberikan tekstur yang cantik kepada kek, biskut dan pastri.
  • Berwarna kuning pucat dan mudah cair.
  • Sebagai perbandingan, mentega lebih mudah cair semasa dipanaskan daripada marjerin.
  • Mentega dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan boleh didapati di bahagian bahan makanan yang sejuk di layan diri dimana-mana pasar raya atau kedai kek dan kebiasaannya berharga lebih mahal dari majerin.

MARJERIN

Mentega VS Marjerin
Mentega VS Marjerin
  • Marjerin tidak diperbuat daripada hasil tenusu.  Ia diperbuat daripada lemak sayuran, garam dan emulsifier (bahan penstabil).  Pada mereka yang alah pada produk tenusu boleh menggunakan marjerin sebagai alternatif.  Marjerin juga sesuai bagi orang yang mengamalkan diet vegetarian.
  • Marjerin asalnya mendapat nama tersebut daripada sejenis lemak asid yang digelar ‘margaric acid’, yang terbentuk melalui proses pembuatannya.
  • Teksturnya lebih padat/keras.  Berwarna kuning terang, tidak mudah cair, dan kebiasanya dijual di dalam bungkusan mangkuk plastik atau bungkusan plastik dengan harga yang lebih berpatutan.
  • Sekiranya dipanaskan, marjerin akan cair dan berubah menjadi minyak berwarna kuning tua dengan sedikit mendapan.
  • Apabila dikacau, marjerin akan mudah lembik.
  • Marjerin selalu digunakan sebagai bahan tambahan untuk masakan, membuat sos, masakan yang ditumis, dan campuran dalam minyak goreng untuk hasil yang lebih sedap dan rangup.

INFO TAMBAHAN Mentega VS Marjerin

  • Mentega sangat mudah tengik , jadi perhatikan dengan teliti tarikh tamat tempoh yang dinyatakan pada bungkusan.
  • Simpan mentega atau marjerin dalam tempat sejuk dan tidak terkena matahari secara langsung kerana ia mudah berkulat.
  • Semasa menggunakan marjerin untuk menumis atau membuat kuih kering , jangan tambah garam kerana rasa marjerin tu sendiri dah masin .
  • Untuk membuat kek yang bertekstur sempurna , campurkan mentega dan marjerin dengan perbandingan 1:1 . Hasilnya, kek akan lebih sedap, harum, dan lembut.
  • Jika ingin  membuat kek dengan menggunakan marjerin, tambahkan sedikit cake emulsifier agar hasil kek menjadi lebih cantik.

Adakah info dan artikel Mentega VS Marjerin bermanfaat?

Ya. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu semua bagi membuat perbandingan di antara mentega dan marjerin. Dengan adanya bahan ini, anda boleh cuba buat 30 Resepi Biskut Yang WAJIB Ada Semasa Hari Raya

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More