Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MUET Cara Daftar Online 2023

MUET Cara Daftar Online 2022 bermula 30 Jun 2022.  Untuk makluman semua, pendaftaran peperiksaan MUET bagi sesi 3 tahun 2022 akan dibuka pada tarikh-tarikh yang dikongsikan di jadual di bawah. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pendaftaran MUET sesi 3 2022 online sebagai panduan semua.

Senarai Tarikh Penting untuk Pendaftaran MUET

Berikut merupakan antara tarikh penting pendaftaran MUET Sesi 3 Tahun 2022 berserta dengan aktiviti berkaitan.

 Tarikh

 Aktiviti

  • 30 Jun 2022 (Semua Jenis Calon)
  • 3 Ogos 2022 (Semua Jenis Calon)
  • 11, 12, 13, 17, 18 dan 19 Oktober 2022
  • 5 November 2022
  • 12 Januari 2023
  • Tarikh Pendaftaran dibuka
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup
  • Tarikh Ujian Lisan Speaking

 

  • Tarikh Ujian Bertulis
  • Tarikh Semakan Keputusan

NOTA :

Sila cetak slip pendaftaran MUET/ ID yang baharu pada pautan berikut bermula tarikh yang akan dikemaskini dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Daftar “MUET secara Online” di sini

Di sini admin nak kongsikan link pendaftaran MUET tersebut. Sila rujuk di laman berikut untuk maklumat lengkap bagi MUET dan  mendaftar secara online menggunakan link yang telah disediakan.

Panduan Pendaftaran Calon Persendirian MUET

Cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut :-

carta alir pendaftaran calon persendirian muet

DAFTAR PENGGUNA MUET  – Cara Daftar Online

  • Tekan pada logo CALON PERSENDIRIAN
  • Skrin log masuk dan daftar akan terpapar setelah penguna memilih bagi calon persendirian
  • Tekan pada butang ‘DAFTAR PENGGUNA’ atau hyperlink ‘DAFTAR PENGGUNA
  • Pilih jenis pengenalan diri. Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran
  • Isikan no kad pengenalan diri (No Kad Pengenalan Baru, tentera, polis, pasport atau sijil kelahiran)
  • Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
  • Isikan e-mail yang sah bagi memudahkan pengurusan akaun portal
  • Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)
  • Klik butang simpan sekiranya telah mengisi kesemua maklumat
  • Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal
  • Dashboard bagi pengguna portal akan terpapar. Menunjukkan bahawa proses pendaftaran pengguna portal berjaya

MUET

Peringatan kepada semua calon

  1. Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pendaftaran melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN atau secara atas talian bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
  2. Jika dalam tempoh 1 jam tiada balasan email mengenai lupa katalaluan, calon boleh menghantar terus ke email [email protected] atau menghubungi MPM di talian 03-6126 1691/1692.
  3. Bagi calon yang mendaftar MUET, pendaftaran tidak berjaya sekiranya pusat menduduki peperiksaan tidak dipilih
  4. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Check Slip Daftar 2021 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

Berikut adalah grafik proses pendaftaran MUET secara online:

cara daftar MUET

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261600 atau e-mel ke [email protected]

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More