Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mufti Perak Meninggal Dunia (1939-2021)

Mufti Perak Meninggal Dunia Akibat Covid

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, yang disahkan positif Covid-19 minggu lalu, meninggal dunia, hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti , Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Mufti Perak Meninggal Dunia (1939-2021) 1
Mufti

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif wabak Covid-19.

Ucapan takziah turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

Sumber Facebook : Jabatan Mufti Negeri Perak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More