Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ramalan DG Hisham Menjadi Kenyataan Tentang Kenaikan Kes Covid-19

Terbaharu, pengguna Twitter berasa terkejut dan pada masa sama kagum dengan ciapan yang pernah dihantar oleh DG Hisham pada tarikh 7 Januari 2021, kini telah menjadi realiti seperti yang kita sedang alami hari ini.

Rata-rata netizen mengakui data-data jangkaan unjuran kes yang dibentangkan oleh DG Hisham pada bulan Januari lalu merupakan hasil statistik dari fakta dan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan.

Ditambah pula dengan sebahagian besar penduduk Malaysia yang melanggar SOP, sekaligus menyebabkan data jangkaan unjuran tersebut telah menjadi ‘tepat’ atau ‘melebihi jangkaan’ kerana setakat tarikh 29 Mei 2021, jumlah kes harian telah mencecah angka 9,020 kes.

Ramalan DG Hisham Menjadi Kenyataan Tentang Kenaikan Kes Covid-19

Angka kes saban hari kian meningkat melebihi data jangakaan unjuran kes yang dikeluarkan oleh DG Hisham. Ini satu perkara yang patut menjadi kebimbangan dan orang ramai perlu cakna betapa bahayanya wabak pandemik COVID-19 ini.

Inikan pula ada varian baharu di Vietnam telah ditemui. Varian ini adalah varian hibrid India dan U.K. Apa yang mengejutkan lagi adalah varian ini mampu menjangkit lebih pantas dan lebih agresif. Persoalan sekarang, adakah varian hibrid ini akan memasuki ke tanah air kita? 

Satu badan NGO dari luar negara telah menyenaraikan Malaysia salah sebuah negara yang bakal ‘rapuh dan musnah’ menjadi seperti India sekiranya penularan wabak ini tidak ditangani dengan segera.

Sebagai warga Malaysia yang dedikasi dan berpendidikan hati – hati lah apabila melihat suatu ciapan atau berita yang lalu. Ini kerana, ramai kelompok ‘anti vaksin’ dan ‘pembongkar teori & konspirasi’ menuduh DG Hisham sebagai salah seorang agen Freemason. Namun beliau bukanlah seperti apa tohmahan yang dibuat oleh kelompok itu.

Sumber Vocket

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More