Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Video | Murid Lari Dari Sekolah Di Hari Pertama Persekolahan

Murid Lari Dari Sekolah Di Hari Pertama Persekolahan. Telatah lucu yang dikongsi oleh seorang lelaki kini viral di Whatsapp dek kerana murid tersebut melarikan diri dari sekolahnya dan dikejar oleh seorang lelaki, mungkin juga guru sekolahnya.

Video yang berdurasi 1 minit lebih itu mendapat reaksi oleh para netizen. Jom kita tengok kesudahan video tersebut.

Video | Murid Lari Dari Sekolah Di Hari Pertama Persekolahan : Sekolah Buka 1 Mac

Sekolah rendah, kolej vokasional dan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan umum masing-masing akan dibuka pada 1 dan 8 Mac ini.

Kumpulan yang akan mula bersekolah pada 1 Mac ini ialah murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.

Pelajar kolej vokasional bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun Satu Semester Dua dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun Satu Semester Dua akan hadir ke institusi masing-masing pada 1 Mac ini.

Video | Murid Lari Dari Sekolah Di Hari Pertama Persekolahan
Video | Murid Lari Dari Sekolah Di Hari Pertama Persekolahan

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata bagi sekolah swasta, ia secara umumnya mengikut jadual sekolah kerajaan sama ada bagi sekolah rendah dan menengah.

“Bagi sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan SPM dan peperiksaan umum, termasuk pusat tuisyen boleh mula dibuka pada 8 Mac ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi pelajar sekolah menengah, mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April ini bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi sekolah di negeri lain pada 5 April.

Sumber: Berita Harian

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More