Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MyBayar Diskaun Saman 50% Pembayaran Online

Sempena Hari Polis ke-214 tahun 2021 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 50% melalui Portal dinamakan sebagai MyBayar Saman. Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.

mybayar

APAKAH MYBAYAR XCHANGE?

Pendaftaran MyBayar Saman

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi seperti berikut:

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%.

Untuk makluman, aplikasi MyBayar Saman ini juga bakal ditawarkan di Google playstore atau Apple store.

mybayar

mybayar

Tarikh Diskaun

Diskaun saman sebanyak 50% melalui aplikasi atau laman web rasmi ini hanya akan ditawarkan dalam masa terhad. Anda boleh membuat semakan dan bayaran dalam tempoh bermual pada 25 Mac 2021 dan berakhir pada 11 April 2021. Pengurangan ini adalah sempena Kempen Bayar Saman sempena Hari Polis ke-214 bagi tahun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More