Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MySPR – SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR 2022

MySPR: Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022 (mySPRSemak) kini boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian.

Pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR. Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.

Sudahkah anda mendaftarkan diri anda sebagai pengundi? Setiap seorang daripada warganegara Malaysia mempunyai hak dan bertanggungjawab untuk memilih pemimpin untuk memerintah negara sendiri.

Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih atau anda tidak akan dibenarkan untuk mengundi.

Selain membuat semakan daftar pemilih secara online, anda juga boleh Buka Akaun ASB Secara Online (MyASNB).

BAGAIMANAKAH UNTUK MENYEMAK MYSPR 2022?

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan 12/2021 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

MYSPR

TUNTUTAN MySPR

Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN12/2021 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN12/2021 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan :

  • Portal MySPR atau;
  • Hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja.

BANTAHAN MySPR

Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.

Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).

PEMBANTAH hendaklah hadir ke :

  • Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ONLINE (MySPR)?

Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal SPR atau MySPR Semak;
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
  3. Tekan butang ‘Semak’.
  4. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  5. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

SISTEM PENDAFTARAN PEMILIH /PENGUNDI OLEH SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

  • Pendaftaran Baru : Pendaftaran pemilih buat pertama kali
  • Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya : Permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

BAGAIMANAKAH UNTUK DAFTAR MENGUNDI MELALUI MySPR DAFTAR?

SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.

Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.

MYSPR

1) PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA

  • Sila layari laman web MySPR Daftar.
  • Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
  • Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
    • Nombor telefon bimbit yang sah
    • Emel yang sah
    • Gambar depan kad pengenalan
    • Gambar swafoto bersama kad pengenalan
  • Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
  • Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
  • Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
  • Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.myspr

2) PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA

  • Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
  • Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

3) ISI BORANG A (PENDAFTARAN PEMILIH)

  • Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
  • Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
  • Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar.’

PUSAT DAFTAR MENGUNDI SECARA MANUAL

Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:

  • Kaunter Pendaftaran Pemilih, Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya.
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri.
  • Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara.
  • Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai.
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.
  • Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan.

Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi :

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pastikan anda menjalankan tanggungjawab anda untuk mengundi dan memilih pemimpin ya. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More