Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nasib Calon Simpanan Guru

Calon Simpanan Guru digemparkan dengan berita yang tidak elok yang mana mereka tidak akan dipanggil untuk berkhidmat dalam masa terdekat.

Guru merupakan satu bidang yang penting dalam sektor kerajaan kerana tanpa guru generasi masa hadapan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan. Peranan utama guru adalah mencurahkan segala ilmu yang ada kepada anak didik mereka supaya seorang modal insan yang berguna dapat dilahirkan.

Isi Kandungan

Nasib 153 Calon Simpanan Guru Menjadi Tanda Tanya

Nasib 153  calon simpanan guru  menjadi tanda tanya memandangkan tempoh sah sebagai calon simpanan akan berakhir pada 25 Disember ini.

Mereka adalah antara 800 calon yang lulus cemerlang dalam sesi temuduga pada Sept hingga Okt 2019 dan diletakkan sebagai calon simpanan  sementara menunggu panggilan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berkhidmat.

Perkara itu disuarakan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) dan Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) menerusi satu kenyataan bersama sebelum ini.

Menurut Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan dan bekas Pengerusi GGPUA, Mohd Azrinsyah Abdul Aziz berkata, status dan nasib 153 calon simpanan guru berkenaan menjadi tanda tanya, sama ada akan mendapat lantikan tetap atau sebaliknya.

Seramai 647 calon simpanan sudah dilantik pada September dan Oktober lepas, manakala baki 153 belum mendapat panggilan untuk diserap ke dalam perkhidmatan.

Status calon simpanan mempunyai tempoh sah selama setahun bermula dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan.

Justeru, iGuru dan GGPUA berharap pihak berkaitan khususnya KPM dapat membantu 153 calon terbabit memandangkan isu kekurangan guru berlaku setiap tahun.

Bahkan, semua calon itu juga adalah graduan pendidikan universiti awam yang selayaknya menjawat jawatan guru, katanya.

“Jika pihak KPM tidak dapat memberikan perjawatan guru, kami memohon agar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dapat melanjutkan tempoh sah laku kerana sebelum ini, kesemua calon simpanan guru mendapatkan lantikan tetap.

“Namun, pandemik COVID-19 menyebabkan lantikan tetap ini terganggu dan menyebabkan baki 153 calon simpanan masih berharap lantikan tetap disegerakan,” katanya.

“Saya mewakili suara rakan-rakan lain amat berharap kerajaan dan juga kementerian dapat menukar status calon simpanan kami dengan membuat lantikan secepat mungkin atau paling tidak, melanjutkan tarikh sah laku status simpanan yang tamat 25 Dis ini,” kata graduan Ijazah Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Khairul Anwar Omar kepada FMT.

Nasib 153 Calon Simpanan Guru Menjadi Tanda Tanya
Muhammad Khairul Anwar Omar, 26 tahun, graduan Ijazah Pendidikan UPM 2018.

Nasib 153 Calon Simpanan Guru Menjadi Tanda Tanya

Graduan berusia 26 tahun berasal dari Pulau Pinang ini turut mengakui ijazah pendidikan yang digenggamnya menyukarkan beliau mendapat kerja dalam bidang profesional lain.

Beliau kini bergelar “budak penghantar” untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi kerana terpaksa bersaing dengan mereka yang diberhentikan kerja ekoran pandemik Covid-19.

Sumber: Cikgu Share

Calon Simpanan Guru Lebih Layak Jadi Guru?

Hari ini ramai berpendapat jawatan kosong guru yang bakal di isi nanti sudah semestinya menjadi milik siswasah pendidikan. Katanya, mereka lebih layak kerana telah mempelajari pedagogi dan mereka dikategorikan golongan yang lebih berminat menjadi guru. Jadi pada pendapat anda pula, bagaimana?

Adakah calon siswasah bukan pendidikan tidak layak menjadi guru?

 

Gu

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More